“Semoga lagu ni ada AJL material yang sepatutnya” – Netizen

Pernah dengar lagu Percayalah nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan lagu Kesetiaan nyanyian Allahyarham Siti Sarah? Sedap kan? Kalau korang nak tahu, kedua-dua lagu ni ditulis oleh siapa lagi kalau bukan komposer, penyanyi dan pemuzik terkemuka iaitu Ajai. Semua lagu-lagu gubahan beliau tidak ada yang tidak enak didengar, semuanya pasti menjadi hits bagi para peminat di seluruh pelosok Malaysia.

Cakap sahaja komposer Ajai, pasti para peminat tak sabar-sabar mahu mendengar hasil karya ciptaannya. Apa tidaknya, pengalaman dalam bidang muzik selama 30 tahun ini yang mana pada asalnya Ajai merupakan seorang pemain keyboard dalam kumpulan Exist kemudian menukar kariernya sebagai penyanyi duet bersama bekas isterinya, Nurul, pasti sudah cukup untuk memberi pengalaman serta pengetahuan yang tinggi dalam bidang nyanyian serta muzik yang membolehkannya menjadi seorang komposer terkenal di tanah air.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kolaborasi Ajai bersama dengan seorang penyanyi tampan yang baru berumur 27 tahun iaitu Khai Bahar. Khai yang dikenali menerusi lagu-lagu yang dinyanyikan beliau menggunakan aplikasi Smule ini nampaknya begitu teruja sekali dengan bakal lagu terbaru yang akan dinyanyikannya atas gubahan Ajai sendiri.

Menurut Ajai dalam satu rakaman video yang dikongsikannya menerusi akaun Instagram beliau, Ajai sebenarnya dah lama nak cipta lagu untuk Khai ni. Khai juga turut mengatakan bahawa dia tak sabar lagi menanti single terbarunya bersama komposer Ajai berkumandang serta dimainkan di kaca televisyen dan radio.

Bukan Khai saja yang tak sabar tau, para peminat Khai dan Ajai pun dah tak senang duduk sekarang kerana asyik menunggu kemunculan lagu terbaru yang dimaksudkan itu.

Lihat saja komen-komen warganet di ruangan komen postingan Ajai ni. Rata-rata warga netizen hampir mengatakan perkara yang sama iaitu tidak sabar lagi menanti kemunculan lagu hasil kolaborasi dua jejaka hebat ini.

Ada netizen yang turut menyatakan rasa teruja mereka kerana dah lama sebenarnya para peminat Khai dan Ajai ni menanti Ajai menggubah lagu khas untuk Khai. Rasa-rasanya, pasti para peminat melompat apabila melihat postingan Ajai ni kan?

Walaupun baru 5 tahun Khai aktif dalam bidang nyanyian, namun namanya ini tidak asing lagi bagi para netizen. Malahan, para peminat Khai ada juga yang berasal daripada Brunei, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand.

Wah, sangat hebat. Apakan tidak, lagu Khai yang kebiasaannya bergenre pop itu telah mendapat sebanyak 28 anugerah setakat ini. Aduh, banyaknya tu. Bukan calang-calang bekas artis Smule ni. Tidak hairanlah jika Khai pernah mendapat gelaran ‘King of Smule’ suatu ketika dahulu.

Bagi para netizen yang bercita-cita nak jadi penyanyi, lepas ni bolehlah muat turun aplikasi Smule ni. Mana tahu nasib menyebelahi anda, boleh juga jadi penyanyi seperti Khai Bahar ni.

Kepada Ajai dan juga Khai, harap-haraplah single terbaru tu keluar dalam masa yang terdekat. Sekurang-kurangnya, terubat juga hasrat para peminat Ajai dan Khai untuk mendengar lagu hasil kolaborasi mereka ni.

Sumber: Instagram Ajai

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!