“Selamat menempuh alam ibu bapa Mizz Nina dan Noh”- Netizen

Kisah penghijrahan selebriti Mizz Nina telah menjadi perhatian ramai satu ketika dahulu. Ramai mengenali kisah hijrah Mizz Nina sehingga menjadi inspirasi kepada ramai wanita. Secraa umumnya, Mizz Nina dahulunya dikenali sebagai seorang penyanyi yang berbakat dalam industri hiburan dan kini, beliau lebih menumpukan kerjayanya sebagai seorang pendakwah dan juga aktivis.

Bukan setakat kisah penghijrahan Nina yang menjadi tumpuan malah kisah cintanya bersama penyanyi Noh Hujan juga pernah hangat diperkatakan oleh ramai peminat mereka. Dan suka duka dalam rumah tangga yang ditempuh pasangan suami isteri ini membuatkan ramai netizen tersentuh melihatnya.

Tatkala pasangan lain menimang cahaya mata, Noh dan isterinya cukup sabar menanti kehadiran cahaya mata dan mencuba pelbagai raw4tan seperti yang diberitahu oleh Nina menerusi kapsyen pada salah satu posting di Instagram baru-baru ini.

Dan perkembangan terbaru daripada pasangan romantik ini, Noh dan Nina akhirnya mengambil keputusan mengambil seorang cahaya mata lelaki sebagai anak angkat mereka yang juga diberi nama Musa.

Berita gembira yang disampaikan Nina menerusi posting terbarunya di Instagram telah membuatkan netizen cukup teruja. Syukur Alhamdulillah, tahniah buat Noh dan Nina.

Lepas ini Noh dan Nina pasti sibuk menguruskan anaknya. Tak sabar nak tengok Musa membesar nanti.

Selain netizen, rakan-rakan artis juga ikut teruja selepas mendengar khabar gembira daripada Noh dan Nina yang telah menimang cahaya mata lelaki baru-baru ini.

Noh dan Nina dihujani ribuan ucapan tahniah daripada peminat-peminatnya menerusi di ruangan komen.

Sementara itu, posting Nina telah menerima 116,000 tanda suka dan 5,000 komen daripada netizen serta rakan-rakan artis.

Ramai netizen juga tidak lepaskn oeluang berkongsi posting Nina menerusi Instagram Story mereka masing-masing.

Tahniah buat Nina dan Noh . Selamat menempuh alam ibu bapa ye Semoga Musa menjadi seorang anak yang soleh, amin

Sumber: Instagram mizznina

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!