“Omg serius lah lancar giler macam org Thai”- Jasmine Suraya

Di negara Malaysia, penggunaan Bahasa Melayu sudah menjadi satu bahasa rasmi dalam kehidupan seharian kita semua. Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan antara bahasa yang ramai rakyat Malaysia pandai kuasai. Tetapi tidak salah pun jika kita belajar bahasa daripada negara lain. Paling penting, keinginan kita sendiri untuk belajar bahasa lain.

Seperti pelakon Mawar, beliau antara selebriti Malaysia yang pandai bercakap dalam bahasa Thailand. Memandangkan Mawar kacukan Thailand Malaysia, maka mudah buat Mawar untuk menguasai bahasa Thailand dengan ahli keluarganya yang lain.

Tengok pada gaya percakapan Mawar,memang lancar sahaja sebutannya dalam bahasa Thailand seperti dalam video yg dimuatnaik baru-baru ini di laman Instagram.

Beruntungnya Mawar, sekurang-kurangnya dah boleh kuasai bahasa dari negara luar. Kalau minta tawar menawar ketika membeli belah, mesti dapat harga murah kaw kaw hehe..

Selain Mawar, suaminya Raf Yaakob pun pandai berbahasa Thailand sedikit. Bila dah selalu dengar si isteri cakap bahasa Thailand, memang mudah bagi Raf untuk turut sama bercakap dalam bahasa tersebut.

Dalam pada itu, video Mawar bercakap fasih dalam bahasa Thailand membuatkan peminat teruja melihatnya. Bukan oeminat saja tau, rakan artis seperti Jasmine Suraya lun terkejut melihat Mawar lancar bercakap dalam bahasa thailand bersama suaminya.

Video Mawar yang dikongsi itu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan 115,000 tontonan.

Melihat pada perkembangan Mawar, beliau aktif menjalankan bisnes kosmetik Mawarose dan sibuk menguruskan rumah tangganya.

Mawar juga sering berkongsi foto outfit beliau di Instagram dan menjadi perhatian netizen memandangkan Mawar antara salah satu ikon fesyen buat wanita Malaysia.

Apa lah yang Mawar dengan Si suami sembangkan tu.. Dua-dua dah fasih cakap bahasa Thailand,best betul. Kan best kalau dapat belajar bahasa Thailand. Korang pun mesti teringin nak belajar bahasa Thailand kan..

Sumber: Instagram mawarashid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!