“Sejuk je suh pgil Abah Umi, artis2 asyik suh anak pgil mummy daddy”- Netizen

Penantian selama 9 bulan 10 hari buat pasangan Neelofa dan suaminya PU Riz akhirnya berakhir apabila pasangan itu membuat perkongsian menerusi media sosial bahawa Neelofa telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki sekitar 29 Januari yang lalu pada jam 3.44 petang. Neelofa berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat. Pasangan itu juga merakamkan jutaan penghargaan dan memanjatkan kesyukuran di atas kurniaan cahaya mata pertama mereka itu.

Pasangan itu juga telah mengumumkan nama bagi anak lelaki sulung mereka itu iaitu Muhammad Bilal. Bercerita lanjut mengenai pemilihan nama buat anak mereka, pasangan itu mendedahkan bahawa makna nama Muhammad Bilal itu cukup istimewa kerana Muhammad merupakan nama Nabi kita yang membawa maksud ‘yang terpuji’ dalam Bahasa Arab.

Manakala Bilal pula membawa maksud ‘bulan purnama’ dan ‘kemenangan’. Malahan nama Bilal sendiri merupakan nama seorang sahabat Nabi Muhammad yang juga merupakan muazin pertama dalam sejarah islam.

Meskipun sebelum ini Neelofa mahupun suaminya iaitu PU Riz sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kehamilan Neelofa itu namun perubahan bentuk badan bekas pengacara Meletop itu yang sangat ketara membuktikan bahawa dirinya sememangnya sedang berbadan dua.

Pasangan itu juga yang sering di asak dengan soalan mengenai kehamilan itu bagaimanapun tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan media mengenai kehamilan itu berjanji akan berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak mereka setelah Neelofa selamat melahirkan nanti.

Di satu pertemuan lain yang pernah di rakamkan oleh pihak media sebelum ini, Neelofa ada menyebut bahawa beliau meminta orang ramai terutama pengamal media untuk menghorm4ti privasi dirinya yang mahu menyimpan sesetengah perkara dan tidak bertanyakan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Menurut usahawan tudung itu, beliau hanya akan berkongsi perkara berkenaan kehamilan dan kelahiran anaknya sekiranya perlu dan sudah sampai masanya nanti. Janji berkenaan di tepati apabila pasangan itu akhirnya mengumumkan mengenai kelahiran Muhammad Bilal.

Menerusi perkongsian di Instagram peminat Lofa Page, satu perkongsian daripada Instagram PU Riz telahpun dikongsikan kembali. Perkongsian di Instagram PU Riz itu meluahkan rasa syukur beliau di atas kelahiran Muhammad Bilal.

PU Riz berkongsikan sekeping gambar stokin bayi dan juga meluahkan harapan buat anaknya itu agar menjadi anak yang soleh, taat kepada perintah Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa.

Apabila dikongsikan kembali di Instagram peminat Neelofa itu, ramai yang meluahkan rasa sebak dan terharu dengan harapan dan doa seorang bapa buat anaknya yang baru lahir. Bagaimanapun penulisan PU Riz itu juga menarik perhatian apabila beliau memanggil anaknya Muhammad Bilal dengan panggilan adik dan beliau membahasakan dirinya sebagai Abah.

Ternyata panggilan Abah dan Umi yang dikongsikan oleh PU Riz itu menerima perhatian daripada para pengikut dan juga warganet yang merasa tertarik dengan panggilan yang digunakan oleh pasangan selebriti popular itu.

Menjengah keruangan komen, warganet memuji panggilan yang digunakan oleh pasangan selebriti popular itu sebagai Umi dan Abah meskipun kebanyakkan para pasangan artis popular yang lain menggunakan panggilan Mummy dan Daddy kerana mahu seiring mengikuti peredaran zaman dengan menggunakan panggilan yang lebih moden. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh warganet di ruangan komen.

Sehingga kini, pasangan popular itu masih belum berkongsikan wajah anak mereka kepada umum sehingga membuatkan orang ramai ternanti- nantikan perkongsian gambar Muhammad Bilal di media sosial PU Riz dan Neelofa.

Sebelum ini, satu hadiah pemberian YAM Tengku Puteri Iman Afzan Al- Sultan Abdullah telah mencvri perhatian para netizen. Hadiah barangan bayi berjenama mewah buat Neelofa itu di kirimkan oleh puteri sulung kepada Yang di Pertuan Agng Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah buat anak di dalam kandungan Neelofa yang di jangka bakal di lahirkan tidak lama lagi.

Sumber: ig lofa page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!