“Thank you sebab melengkapi hidup kami” – Intan Saleh

Alhamdulillah, nampaknya semakin hari semakin bahagia wanita ini bersama keluarga kecilnya. Ramai netizen yang tumpang gembira apatah lagi mereka yang telah mengikuti perkembangan dirinya semenjak kisahnya viral tidak berapa lama dahulu. Menjengah ke perkongsian bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Saleh, 36, dia nampaknya tidak lokek berkongsi kehidupannya yang terkini.

‘Tahniah intan Liana ..happy for you ber ‘5’…Allah dah gantikan dengan yang lebih baik sekarang..’ ‘Alhamdulillah.. semoga kebahagiaan terus kekal milik awak sekeluarga..muqri’s pun berhak utk bahagia’, ‘Suka tgk bonda happy skrg, moga bahagia sentiasa menjadi milik mu bonda’, ‘Moga aizam menjadi suami dan daddy yg pengasih dan penyayang.aamiin’, ‘Anak² pon nmpk happy ‘.

Itu antara komen yang dicoret netizen buat Intan di hantaran terbaharu pada IG nya selepas dia berkongsi akan sambutan hari lahir suaminya yang juga seorang penjawat awam, Aizam Yahya, 26 di sebuah lokasi. Yang menariknya tu ramai terperasan suaminya menerima hadiah seperti alat ujian kehamilan (UPT).

Pasti bahawa alat itu ada ‘dua line’, tak kurang yang mengucapkan tahniah kepada Intan dan Aizam. Ramai juga yang tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka di samping dua anak Intan dengan suaminya yang terdahulu iaitu pemuzik, Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid.

Terdahulu dalam perkongsian Intan itu, ramai yang tersentuh apabila melihat kebahagiaan mereka sekeluarga, tambahan pula tatkala Aizam memberikan civman di dahi buat Intan selepas mendapat hadiah ‘UPT’ tersebut.

Sementara itu, dua anaknya kelihatan sangat ceria, tersenyum dan bertepuk tangan ketika menyaksikan kebahagiaan ibu dan bapa tiri mereka. Air muka Intan juga nampak lebih bahagia dan yang lebih best, dia kini sangat bergaya.

Untuk info, selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh yang juga usahawan selebriti kembali hidup dengan insan bergelar suami apabila selamat bernikah dengan lelaki pilihan hati, Aizam, Disember tahun lalu.

Ramai yang mengikuti perkembangan kehidupan Intan walaupun dia bukanlah seorang selebriti tatkala pergolakan rumah tangganya dengan Ude mencetuskan sensasi sekitar 2017.

Intan yang sempat menjadi madu kepada pelakon Izreen tidak berapa lama selepas itu berpisah dengan Ude pada 2018 iaitu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 5.

Pernah terpalit didakwa belum move on apabila membuat content di akaun TikTok miliknya berbunyi seperti memerli golongan wanita yang merampas pasangan lain, begitu pun kini beliau berjaya membuktikan sebaliknya.

Sumber : Intan Saleh

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!