“Segak, kalah kita hat anak daghaa ni” – Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra di sapa Che Ta oleh para peminat. Pelakon yang sudah meniti usia 50an ini masih lagi jelita seperti tidak dimamah usia walaupun usianya sudah menjangkau separuh abad. Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 dan di kurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.

Aaisyah dilahirkan pada 1 November 2014, anak kepada pasangan selebriti dan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin kini sudahpun kian membesar dan menginjak usia 8 tahun.

Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Begitulah pepatah yang cukup sesuai untuk di gambar mengenai sikap anak Che Ta yang sangat gemar bergaya seperti ibunya.

Tular baru-baru ini apabila Aisyah tidak kekok memakai anting-anting yang besar di telinganya seperti seorang dewasa yang sudah mahir bergaya dan memakai solekan.

Perwatakan dan gaya Aisyah saling tak tumpah seperti ibunya yang sangat gemar bergaya. Walaupun baru berusia 8 tahun namun kanak-kanak tersebut berdandan sudah seperti seorang yang professional.

Menerusi hantaran terbaru di instagram pelakon dan usahawan jelita itu, Che Ta mempromosikan produk minyak wangi keluaran beliau. Che Ta memuatnaik beberapa gambar terbaru sambil mempromosikan minyak wangi berkenaan kepada para pengikut akaun instagramnya.

Wajah terbaru Che Ta yang semakin jelita mencuri perhatian warganet yang terpesona dengan kejelitaan pelakon dan usahawan berkenaan meskipun usia Che Ta sudah hampir menginjak ke 50 tahun pada tahun hadapan.

Sudah pasti ramai peminat yang cukup kagum dengan cara Che Ta mengekalkan penampilan beliau. Wajahnya yang masih jelita bagaikan hampir tidak di mamah usia.

Menjengah keruangan komen, rata-rata Netizen bagaikan tidak percaya dengan wajah terbaru pelakon jelita tersebut kerana masih kekal jelita di usia yang hampir mencecah 50 tahun.

Ramai yang memuji Che Ta yang semakin cantik jelita persis anak dara. Berikut di kongsikan komen-komen netizen.

Inspirasi betul la Che Ta ni. Che Ta berjaya buktikan umur bukanlah penghalang untuk kekalkan kejelitaan pada usianya yang mencecah separuh abad.

Sumber: Instagram rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!