“Sebenarnya 80% org tgk skirt Kak Nana” – Netizen

Zaman teknologi kini, fesyen pelbagai jenis untuk wanita mahu pun lelaki. Bermacam jenis fesyen terkini yang cantik mata memandang biarpun kelakar atau lawak apabila melihat, namun ia sesuatu yang diterima masyarakat jika si pemakai ialah di kalangan artis-artis. Selalunya yang memperagakan pakaian-pakaian yang unik ini dari kalangan artislah kerana mereka banyak acara dan sentiasa di kaca tv.

Selalunya bercakap pasal fesyen, mesti teringat akan Aina Abdul, maaflah kali ni bukan. Kali ni sk1rt toing toing menjadi perhatian.

Ketika menghadiri jemputan di Meletops, Siti Nordiana atau sekarang lebih dikenali dengan panggilan Nana, memakai pakaian dari Xander Kloth. Berwarna kuning keemasan, dan tudung dilipat rapi.

Ketika menyanyi di atas pentas Meletops, Nana bersama Elly Mazlein menari mengikut rentak namun dapat dilihat kain labuhnya mengenjut-genjut ke atas ke bawah, membuat ia menjadi perhatian peminat.

Kain itu bergerak seperti ada spring di dalamnya, dan ia seperti menurut rentak tari Nana. Perkongsian kali kedua membuatkan Nana menyebut cerita tersebut dengan kapsyen sk1rt pun nak menari bersama.

Rata-rata yang memberikan komen juga semua menuju kepada sk1rt dan bukan pada Nana tumpuannya. Sk1rt itu menarik perhatian penonton di media sosial. Dan tular di aplikasi tiktok.

Nana juga faham ia lucu dan tumpuan hanya diberi pada sk1rt tersebut tetapi Nana menyatakan pakaian yang beliau sedang pakai itu memang sangat sesuai dan selesa. Meskipun nampak ia terhuyung-hayang namun keselesaan menjadi faktor utama.

Terkini Nana sibuk dengan penggambaran bersama Alif Satar dan promosi lagu terbaru bersama Bunga, Amaran. Nana telah bekerjasama dengan Warnermusicmy.

Ada dengar perkhabaran Nana nak kahwin dengan Shuib, tapi Shuib menjawab, kami hanyalah berkawan. Siapa pun jod0h Nana, peminat pasti doakan yang terbaik.

Sumber:ig sitinordiana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!