“Sempoi Zahirah nari kat panggung wayang” – Netizen

Antara sifat-sifat yang senang diterima dalam hidup bermasyarakat adalah sifat yang sempoi dan ‘happy-go-lucky’. Sifat ini bukan sahaja dapat hiburkan keluarga malah orang di sekeliling kita juga akan merasakan kita adalah seorang yang boleh diajak sembang. Hidup berpasangan ini juga sangat memerluk4n antara satu sama lain dan perlu memahami cara dan sifat masing-masing bersama.

Siapa lagi tidak mengenali pelakon dan model yang punya kacukan orang Putih iaitu Zahirah Macwilson. Beliau memulakan karier beliau dalam industri hiburan sejak tahun 2015 sehingga kini.

Pada tahun 2019 beliau dan Aiman Hakim Ridza bertunang di Perth Australia dan pada 2020 pasangan itu telah mengikatkan tali perkahwinan bersama.

Tidak lama selepas berkahwin, mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki bersama bernama Isaac Raees.

Hidup berpasangan ini sebenarnya perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Mengingati hari-hari penting juga adalah perlu untuk keperluan emosi pasangan. Mungkin nampak seperti remeh tetapi mengingati tarikh-tarikh penting seperti hari jadi dan hari ulang tahun perkahwinan itu memberi impak besar kepada pasangan kita.

Di dalam sebuah video yang dikongsikan oleh Aiman iaitu suami Zahirah, dilihat beliau dan isteri meraikan harijadi beliau yang ke 33. Mereka menyambut dengan sederhana dimana mereka bersama pergi menonton panggung wayang.

Dilihat juga didalam video tersebut, merek berdua sangat menyayangi antara satu sama lain. Dan dilihat juga Zahirah sangat seronok dapat menemani suaminya itu berdua sahaja.

Netizen juga turut merasai kebahagiaan dan keserasian yang ada pada pasangan tersebut. Ada juga yang terhibur melihat Zahirah yang sempoi menari di panggung wayang meraikan detik bersama mereka.

Hidup berpasangan ini harus mencari keserasian. Keserasian itulah yang membina detik-detik manis sepanjang perjalanan hidup bersama.

Selain itu, mengingati memori yang remeh juga akan menjadi bibit memori yang manis untuk diingati. Dan dengan memori itulah kita akan lebih menghargai antara satu sama lain.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!