“Sama mcm muka Rayyan”, tgh berbuka arwh suami muncul dkt TV buat ramai sebak

Sejak kemunculan semula Nana atau nama penuhnya Siti Nordiana Alias menerusi program nyanyian Gegarvaganza, nama beliau kembali mekar dan di terima para peminat. Malahan namanya juga tercalon dan memenangi beberapa anugerah utama sejak kemunculan semula dalam industri. Nana juga kembali berlakon dan gandingan serasi beliau bersama penyanyi dan pengacara Alif Satar melalui drama Dia semanis Honey juga mendapat sambutan menggalakkan.

Sebelum ini, beliau pernah menghilang selama beberapa tahun dari industri hiburan tanah air kerana di katakan sudah tidak lagi relevan sebagai penyanyi.

Menyingkap tabir kehidupan peribadi penyanyi ini, status Nana sebagai seorang ibu tunggal bukan lagi rahsia. Nana mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad Rayyan Nakhaie.

Nana mendirikan rumah tangga dengan pelakon Mohd Faizal Mohd Yusop pada April 2006 sebelum pasangan itu kemudiannya bercrai pada September 2009.

Setelah bercrai dengan pelakon arw4h Mohd Faizal Mohd Yusop, bekas suaminya itu kemudiannya berkahwin buat kali kedua bersama Rosmunira Rashid pada tahun 2010 sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Januari 2011.

Ketika pemergian arw4h Mohd Faizal, isterinya Rosmunira sedang mengandung lima bulan. Meskipun Nana telah berpisah dengan suaminya namun, Nana tidak pernah menyembunyikan kewujudan anak bekas arw4h suaminya yang bernama Muhammad Raqqim Fyzal daripada pengetahuan anaknya.

Anaknya Rayyan sudah mengetahui mengenai perkara tersebut sejak kelahiran adiknya Raqqim. Malahan hubungan kedua mereka akrab hingga sekarang.

Kongsi Nana lagi, Raqqim lahir setelah arw4h bapanya mningggal. Ketika Nana memberitahu Rayyan mengenai kelahiran Raqqim, Rayyan sangat gembira dan amat menyayangi adiknya.

Walaupun tidak tinggal bersama, namun mereka kerap berjumpa terutama ketika Nana dan isteri arw4h iaitu Rosmunira Rashid sama- sama menghantar anak ke rumah mak arwh, jadi mereka berjumpa di situ.

Menurut Nana, hubungan beliau dan bekas keluarga mentua masih lagi baik dan masih menjaga silaturahim.

Walaupun beliau dan arw4h Mohd Faizal telahpun bercrai, namun bekas keluarga mentuanya tidak menganggap Nana sebagai orang asing dalam kehidupan mereka. Disebabkan itulah hubungan Nana dan bekas mentuanya masih kekal baik.

Nana berkata, dia dan Rosmunira juga sering berhubung malah berharap hubungan mereka terus dipelihara meskipun masing-masing sibuk dengan kerjaya.

Sebagai selebriti yang di kenali ramai, Nana juga sering berkongsi aktiviti harian beliau di media sosial buat tatapan para peminat. Sama ada aktiviti seni dan juga kehidupan beliau bersama anaknya Rayyan.

Terbaharu, Nana telah memuatnaik video yang memaparkan anaknya Rayyan yang mempunyai wajah dan perangai yang amat seiras dengan arw4h bekas suaminya Mohd Faizal.

Nana memuatnaik video ringkas tersebut di saluran Youtube miliknya namun dikongsikan kembali menerusi Instagram radio era.

Dalam video yang dikongsikan oleh pemenang anugerah Meletop ini, Nana sedang menikmti juadah kegemaran anaknya sambil menonton drama lakonan arw4h bekas suaminya, Allahyarham Mohd Faizal Yusup.

Cerita Nana kepada anaknya lagi, Rayyan mengikuti perangai abahnya.  Juadah yang di sediakan oleh Nana itu dahulunya di ajar oleh Opah kerana arw4h bekas suaminya itu tidak boleh masak (makanan) yang ada bawang.

Selain daripada mewarisi perangai abahnya dari segi citarasa makanan. Anaknya Rayyan juga mewarisi ekspresi ketawa Faizal. Tambah Nana lagi jika anaknya krus pastinya wajah dan tubuh badan akan seiras benar dengan arw4h bekas suaminya itu.

Dalam video berdurasi lebih 7 minit itu juga Nana turut berkongsi kepada Rayyan mengenai kehebatan Faizal sebagai pelakon.

Lebih mengharukan apabila Nana juga tidak lupa berpesan supaya Rayyan tidak melupakan arw4h bapanya dan sentiasa menghadiahkan Al-Fatihah kepada arw4h bapanya itu.

Arw4h Mohd Faizal mningggal dunia pada 1 Januari 2011 di usia 33 tahun selepas disrang masalah jantung.

Menjengah keruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sebak melihatkan kehidupan dua beranak itu yang cukup sederhana. Berikut dikongsikan komen- komen netizen buat dua beranak itu.

“Allah…sebak plak rasa. MasyaAllah, penuh kesedrhanaan hidup 2 beranak ni. Nana ibu yg baik. Smoga terus bahagia dlm kasih syg Allah buat Nana & Rayyan. Jd hero mcm arw4h abah lah Rayyan. Al-Fatihah buat arwh Faizal Yusup.” – Netizen

“walaupun arw4h ayahnya dah lama tiada..jgn pernah tinggalkan doa buatnya..sebagai anak, menjadi tanggungjawab untuk mendoakan kesejahteraan buat ibu ayah yang telah tiada..Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuadhu..” – Netizen

“masyallah sebaknyaa. semoga rayyan n nana kekal kuat n tabah berbahagia selalu alfatihah untuk arw4h faizal yusuf” – Netizen

“Sedihnya. Faham sgt rasa kerinduan pd ibubapa kita yg dh tiada. Rindu yg amat skit. Smoga jd anak soleh mama & arwh abah ye Rayyan. InsyaAllah smpai pd arw4h abah Rayyan. Al-Fatihah.” -Netizen

Sudah agak lama Nana memegang status ibu tunggal. Ramai peminat yang mendoakan agar penyanyi ini kembali bertemu jodoh memandangkan anak bujangnya sudah menginjak ke usia remaja. Namun Nana bahagia berdua bersama anaknya. Kuat betul Nana jaga Rayyan sejak dahulu.

Sumber: Instagram era je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!