“Rina cakap aduh silap bagi main tadi” – Netizen

Memang selalu Maryam dan Rizal akan berkongsikan tentang aktiviti-aktiviti seharian Rina, anak mereka, anak kacukan Korea dan Melayu ini memang akan menjadi perhatian netizen kerana Rina sangat comel, apatah lagi sekarang sudah semakin besar dan aktif bermain. Sebelum ini Maryam berkongsi tentang Rina yang suka makan tetapi kali ini keranah di rumahnya pula seperti keanak-anakan dan Rina melayan sahaja.

Maryam bermain permainan Rina dan seolah-olah tidak tahu bagaimana cara untuk bermain dengan betul. Rina pula seolah faham yang maknya sedang bermain permainan dia namun tidak betul caranya.

Perangai Maryam yang sebegini membuatkan ramai yang mengingat tentang Ain Edruce yang juga sukakan perkara-perkara yang luar biasa dan perkara yang gil4-gil4 serta menjadi diri sendiri.

Dengan kapsyen Maryam bahawa beliau telah meminta izin terlebih dahulu untuk bermain mainan anaknya, membuatkan lebih lawak apabila Rina pula seolah menyesal memberi permainan tersebut kepada Maryam.

Perlahan Rina menghampiri kamera seolah ingin meminta t0long atau pun ingin memberitahu bahawa beliau tidak mahukan ianya terjadi, Maryam memang seorang pelawak. Walaupun bukan daripada bidang tersebut, cara beliau bercakap sahaja sudah membuatkan orang terbahak-bahak ketawa.

Walaupun beliau berbangsa Korea namun beliau cuba mempelaj4ri bahasa Melayu dengan baik dan sentiasa bertutur dalam bahasa Melayu meskipun beliau boleh berbahasa Korea.

Pelbagai komen yang diberikan di dalam ruangan komen, selain daripada mengatakan bahawa Maryam seorang yang lucu, mereka juga memberikan dialog yang sesuai untuk Rina.

Inilah komen-komen mereka, komen yang mereka berikan sebagai tanda pelengkap untuk video tersebut, meskipun tidak diminta, mereka membuatkan ia lebih lucu. Lihatlah komen-komen mereka.

Semakin hari semakin Maryam menjadi lucu dan kelakar, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan menjadi pelawak Malaysia meskipun sukar bertutur dalam bahasa Melayu.

Sumber: ig maryamyunrr

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!