“Rasa nak tenyeh je sesorang”- Netizen

Sememangnya mempunyai rakan sekerja yang masuk air itu adalah satu rezeki, mana taknya mesti dapat kurangkan stress bekerja dengan adanya mereka di situ.  Mereka yang tak pernah jemu dengan lawak jenaka dan juga sifatnya yang sentiasa ingin melihat rakan  nya yang lain tersenyum dan tidak stress bekerja.

Sekurangnya, dapat lah juga rakan office yang ada common sense dan tidak memeningkan kepala kan. Kalau takda yang macam tu, kita lah yang cuba positifkan diri dan environment. Tapi, kerja ni kena chill je kan.

Seperti yang diketahui, geng-geng Hot FM ni semua jenis masuk air belaka. Yelah dah namanya Dj kenalah ada personality yang menarik dan happy go lucky. Kalau tak dek sifat ceria macam tu, macam mana nak wujudkan mood pendengar radio.

Johan, Fafau dan AG adalah nama besar bagi dj-dj tanah air ni. Mereka semua yang hostkan geng Bekfes Hot. Pagi-pagi kalau dengar yang lucu-lucu tu, haaa mereka bertiga lah tu. Tak kering gusi dibuatnya. Ada saja menda lawaknya.

Dah kalau jenis semuanya masuk air, bukan saja time bekerja on-air perangai lawak, bila dah habis time kerja tu pun memang melawak juga. Sebabtulah seronok sangat ada rakan kerja yang macam ni, tak dek rasa sendu langsung.

Sekarang ni famous trend tiktok parodi kan lagu Harus Terpisah dari Cakra Khan. Rasanya kalau anda selalu buka Tiktok, mesti anda tahu kan macam mana trend lag utu. Macam-macam reaski muka masing-masing.

Bila mereka bertiga ni join trend tersebut. Terus lain jadinya, aish takleh tahan betul tengok gaya mereka bertiga ni. Geram tau bila mereka buat muka dan perangai macam ni. Bak kata netizen, rasa nak lenyek je sorang-sorang tu.

Memang betul pun, rasa nak cubit pipi masing-masing. Terbahak-bahak tengok diorang bertiga buat trend macam tu. Kelakar sangat weh, nak-nak Johan tu. Beliau tu dah memang sangat lah famous dengan dirinya yang lawak tu.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa mereka bertiga ni sangat lah lawak. Bak kata netizen, trio terhangat di pasaran. Haaa, begitu lah nampaknya. Kalau tak buat lawak, tak sah lah mereka bertiga ni. Setuju tak ?

Sumber : Ig Therealfafau

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!