“Beranak lagi El, cantik hensem ni perluukan pewaris”- Netizen

Nama Elfira Loy sebelum ini sangat kerap menghiasi drama- drama dan telefilem di Malaysia. Selain aktif sebagai pelakon, Elfira juga pernah menjadi pengacara rancangan travelog. Beliau sudah menceburkan diri dalam dunia seni sejak kecil. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik.

Elfira pernah bergandingan dengan beberapa pelakon popular Indonesia menerusi drama Dalam Hati Ada Taman bersama pelakon Randy Pangalila. Elfira juga turut berlakon bersama Baim Wong menerusi drama Untuk Terakhir Kali malahan sempat di gosipkan bersama Baim Wong.

Elfira pernah menghangatkan industri seni di sebabkan kisah pertunangan beliau bersama penyanyi Sufian Suhaimi yang terpuutus di tengah jalan. Kisah sensasi berkenaan bagaimanapun mulai reda setelah beliau bernikah.

Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

Pada 20 Mei yang lalu, Elfira telah melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi perempuan. Elfira memaklumkan beliau bersyukur dengan kelahiran anak keduanya itu sepakat menamakan anak perempuannya sebagai Nur Aria Mikayla.

Elfira turut berkongsi wajah penuh anak keduanya itu buat tatapan para peminat di laman Instagram peribadinya. Di kesempatan tersebut juga, Elfira turut berkongsi akaun Instagram anak keduanya itu bersama para peminat. Elfira berharap para peminat juga dapat mendoakan yang baik-baik buat anak perempuannya itu.

Terkini menerusi Instagram, Elfira berkongsi beberapa keeping gambar terbaru anak keduanya Aria. Menurut Elfira, anaknya itu sudahpun berusia 4 bulan hari ini. Kongsi Elfira lagi, puterinya itu sudah mula pandai ‘mogok’ hisap j4ri jika beliau lambat mendukung anaknya itu untuk di berikan susu.

Pada usianya 4 bulan, anaknya itu juga sudah pandai senyum dan gelak membuatkan beliau merasa kegeraman dengan kecomelan gelagat anaknya itu.

Menjengah keruangan komen, gambar- gambar yang di kongsikan oleh Elfira itu mendapat perhatian warganet. Rata- rata warganet juga merasa geram dengan kecomelan Aria. Mereka juga memuji tindakan Elfira yang sudi berkongsi wajah anak perempuannya itu buat tatapan umum.

Putih gebu Aria. Comel sangat- sangat. Muka Aria pun saling tak tumpah seperti wajah dan kulit abangnya Muhammad Rayyan Khalaf yang putih gebu seperti anak- anak korea. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

 Elfira juga di puji kerana masih mampu lagi mengekalkan penampilan dengan menjaga fizikal dirinya dan kelihatan saling tak tumpah seperti anak dara.

Untung Elfira mempunyai tubuh yang kecil molek. Sentiasa nampak muda remaja walaupun sudahpun mempunyai dua orang anak. Tidak ubah seperti anak dara apabila sekilas pandang.

Sumber: ig elfira loy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!