“Ramai nyerr bodyguard Tokti” – Netizen

Menjadi seorang yang dikenali dan terkenal bukanlah perkara yang mudah. Selalunya orang yang dikenali ini mempunyai profession mereka tersendiri. Dan mereka juga dianggap orang-orang yang penting dan terhormat kerana taraf kehidupan mereka yang tinggi. Dan apabila telah menjadi orang yang penting, mereka sebaiknya perlu mempunyai ‘bodyguard’ untuk melindungi mereka dari apa-apa anc4man apabila berada diluar kediaman mereka.

Tidak asing lagi untuk penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti untuk berada dalam keadaan dijaga oleh para pengiring.

Beliau yang telah membina nama sejak dahulu lagi masih dianggap sebagai penyanyi yang paling eksklusif oleh netizen.

Tokti yang sekarang berusia 43 tahun masih lagi aktif dalam industri hiburan dan sekaligus dilihat sangat rajin dalam menguruskan anak-anaknya di rumah.

Sebagai seorang selebriti tersohor, sememangnya beliau perlu seseorang untuk menjaga dan melindungi beliau terutama sekali ketika beliau bersama dengan anaknya.

Baru-baru ini terdapat sebuah video kongsian ig anaknya Aafiyah Khalid, dilihat seperti beliau dan Ifa Raziah, seorang penyanyi dan pelakon, sedang berjalan sambil diiringi oleh ramai pengiring peribadi mereka.

Dilihat di dalam video tersebut, suami Tokti, Dato’ Khalid sedang berjalan terlebih dahulu bersama anaknya Aafiyah dan diikuti Tokti dan Ifa Raziah di belakang sambil berbual sesuatu.

Dalam komen netizen pula, ramai juga yang mengatakan pengiring-pengiring tersebut adalah pengiring Ifa Raziah memandangkan Ifa Raziah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mengupah ramai ‘bodyguard’ untuk menjaga beliau yang memakai banyak barang kemas yang berharga tinggi.

Walau apa pun sebab kenapa ramai pengiring mengiringi Dato’ Siti Nurhaliza dan Ifa Raziah, pasti sebabnya adalah sebab yg baik sahaja. Dan netizen hanya perlu bersangka baik dengan apa yang berlaku.

Sumber : instagram aafiyahkhalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!