Pilih nama Soraya buat puteri sulung, Ain akhirnya dedah wajah anak

Pelakon dan model Ain Edruce telah selamat melahirkan anak sulung beliau pada 19 Mei yang lalu. Ain telah mengumumkan berita gembira tersebut menerusi instagram beliau. Menariknya semasa sedang menunggu waktu kelahiran beliau masih sempat memuatnaik video tiktok. Suasana santai beliau dibilik bersalin itu turut meraih perhatian netizen yang merasa kagum dengan sikap tenang Ain.

Baru-baru ini pakaian Ain untuk ke hspital telah ditegur oleh netizen kerana memakai seluar panjang dan berkemeja semasa temujanji ke hspital. Netizen merasakan pakaian yang dikenakan oleh Ain tidak sesuai digayakan oleh wanita yang sedang berpantang.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, semasa soalan mengenai pakaian berpantang diajukan kepada suaminya, Amirul memandang sudut positif isu itu dan merasakan netizen hanya mengambil berat keadaan Ain dan menasihati Ain untuk kebaikan beliau di masa depan.

Menerusi saluran y0utube, Ain akhirnya telah memuatnaik video yang memaparkan keadaan terkini beliau sedang menjalani fasa berpantang. Menerusi video itu Ain telah menjawab beberapa soalan para peminat dan pengikut saluran youtube beliau.

Setelah sesi soal jawab berkenaan pengalaman mereka bergelar ibu bapa dan proses kelahiran di hspital, Ain dan Amirul akhirnya telah memperkenalkan anak mereka kepada umum.

Selain mendedahkan wajah, Ain juga berkata mereka telah sepakat menamakan anak mereka sebagai Soraya binti Muhammad Amirul Hafiz. Kongsi Ain lagi, Soraya membawa maksud cantik.

Video berkenaan mengubati kerinduan para peminat terhadap gelagat pasangan tersebut. Peminat juga terhibur mendengar celoteh dan pengalaman yang dikongsikan oleh Ain dan suaminya semasa proses kelahiran baru-baru ini. Berikut dikongsikan beberapa komen peminat.

Walaupun sudah bergelar ibu namun sikap ting tong dan masuk air Ain masih sama seperti dahulu. Tidak kering gusi jika menonton gelagat dan kerenah beliau bersama suaminya.

Di akhir video Amirul masih sempat mengusik Ain dan sempat berseloroh bahawa anak mereka perlu menerima bayaran jika muncul di saluran youtube isterinya itu.

Ada sahaja idea pasangan ini untuk mengusik antara satu sama lain. Selepas ini pasti lebih meriah saluran youtube Ain dengan kehadiran anak mereka.

Sumber : youtube ain edruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!