“Perghh siap panjat temb0k sambil posing” – Netizen

Jika nak merakam foto-foto yang bagus tentulah ketika berada di masa dan tempat yang terbaik. Bukan sahaja dalam kalangan orang biasa, apatah lagi mereka yang mempunyai ramai pengikut dan punya nama, sudah pasti mahu membidik momen yang vass. Itu yang tentu mahu dilakukan oleh selebriti, Elfira Loy dan individu bertanggungjawab merakam foto-fotonya.

Sama ada bagi tujuan komersil atau untuk dikongsikan buat tatapan peminat dan pengikutnya di medsos, lazimnya apa yang dikongsikan mengundang keterujaan peminat.

Bukan biasa-biasa… bahkan momen dirakam Elfira kadang boleh terkesima netizen dibuatnya. Seperti gambar dikongsikannya ini, atas suatu tempat kelihatan seperti di tembok bangunan pun dia boleh berdiri.

Kalau orang biasa barangkali dah gayat. Namun tidak bagi ibu kepada dua cahayamata ini. Tidak dapat pula dipastikan sama ada terdapat jurang di tepi tempok itu. Apapun berdiri di tembok pun kalau orang biasa pun boleh gaya juga kan…

Tapi kalau diimbas perkongsian video Elfira yang ala tuan puteri sedang berlari-lari seakan mencari sesuatu yang hilang di tangga bertingkat istana ini, nampak ketinggian bangunan itu boleh tahan juga.

Apa yang pasti, tidak jauh dari situ di belakangnya terdapat panorama cantik memperlihatkan menara ikonik yang sinonim menjadi destinasi merpati dua sejoli berjanji setia dan mengikat ikrar sehidup sem4ti, Eiffel Tower, Paris.

Bahkan di kapsyen hantarannya itu, selain netizen, suami Elfira, Faris Anuar memuji, video hantarannya itu seperti melihat filem Disney. Gamaknya dek skirt kembang Elfira dan gaya acah princess nya itu…

“Perkhhh siap panjat tmbok lg sambil posing”, “Cute aje mase diri kat tiang tu”, “Mcm disneyland”, ‘Fuhhhh”, “Macam princesss”. Itu antara komen netizen yang kagum melihati perkongsian hantaran Elfira.

Bukan kali pertama Elfira merakam kenangan yang terlihat agak 3kstrim di medsosnya. Dia juga pernah dik3cam kerana merakam video dirinya melompat swimming pool ketika sarat mengandung beberapa bulan lalu.

Biasalah darah ibu muda. Yang pasti Elfira sememangnya seorang yang berani. Setakat nak panjat tembok apalah sangat… Apa pun, moga bukan saja Elfira, kita juga perlu beringat. Nak rakam momen cantik pun, jangan lupa jaga diri k…

Sumber : IG Elfira Loy

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!