“Nasib baik masuk mulut dulu” – Anuar Zain

Kini sudah menjadi kewajipan bagi meneruskan kehidupan seharian dengan melakukan ujian RTK dan PCR bagi keperluan-keperluan penting antaranya urusan pekerjaan mahupun peribadi seperti melancong. Tetapi lain pula ceritanya kali ini telah berlaku terhadap artis tempatan tanah air yang sedang melancong ke luar negara ketika ini apabila berkongsi detik-detik ujian PCRnya di negara tersebut.

Pasangan selebriti ini memang sudah terkenal sejak mereka mula menjalin bibit-bibit percintaan ketika dahulu dan  masih kekal terkenal hingga sekarang. Sebut sahaja tentang Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, pasti ramai yang mengenali mereka sebagai pasangan yang berbakat besar dalam industri hiburan juga dikenali sebagai pasangan yang ‘fashionable’.

Sejurus negara mengumumkan kebebasan sempadan negara yang kini sudah dibuka bagi urusan pelancongan ke luar negara, keluarga kecil milik Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ini tidak melepaskan peluang mereka setelah beberapa tahun terkurung di dalam negara.

Memilih negara Turki sebagai destinasi pelancongan pertama mereka sekeluarga setelah bertahun-tahun, ramai peminat yang teruja melihat kebersamaan keluarga ini di laman Instagram milik mereka. Lebih-lebih lagi melihat keceriaan dan gelagat lucu dari si kecil Lara Alana dan Lyla Amina.

Lebih menghiburkan lagi apabila Awal Ashaari telah berkongsi satu video di Instagramnya itu yang sememangnya sungguh menghibur para netizen, peminat dan juga rakan artis.

Siapa sangka ternyata video ketika ujian PCR yang dilakukan olehnya itu telah mengundang kejutan besar apabila doktor menggunakan calitan kit ujian PCR yang sama untuk tekak dan juga hidung.

Awal Ashaari dan Scha kedua-duanya ketika itu sangat terkejut apabila mendapati prosedur ujian PCR di negara tersebut adalah berbeza dengan di Malaysia. Ramai yang sedia maklum bahawa negara kita akan menggunakan alat calitan berbeza untuk tekak dan juga hidung.

Video dari Awal Ashaari telah mengundang ramai komen dari rakan artis antaranya seperti Nabila Huda, Mira Filzah, Anuar Zain dan ramai lagi yang sangat terhibur melihat reaksi terkejut dari kedua pasangan selebriti ini.

Mira Filzah yang sebelum ini telah pergi bercuti ke London bersama suami juga berkongsi pengalaman tentang hal yang sama di negara tersebut. Ternyata pengalaman itu turut dialami oleh Mira sendiri ketika melakukan ujian PCR di sana.

Memang sungguh lucu dan tak puas jika tengok sekali sahaja video reaksi terkejut dari Awal dan Scha ini. Seronok sangat dapat lihat mereka ke negara Turki. Semoga selamat perjalanan di sana dan ketika pulang ke tanah air nanti.

Sumber: Instagram Awal Ashaari

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!