“Perggh sekali cakap arab daa” – Netizen

Sehingga kini, pasangan popular PU Riz dan Neelofa masih belum berkongsikan wajah anak mereka kepada umum sehingga membuatkan orang ramai ternanti- nantikan perkongsian gambar Muhammad Bilal di media sosial PU Riz dan Neelofa. Bercerita lanjut mengenai pemilihan nama buat anak mereka, pasangan itu mendedahkan bahawa makna nama Muhammad Bilal itu cukup istimewa kerana Muhammad merupakan nama Nabi kita yang membawa maksud ‘yang terpuji’ dalam Bahasa Arab.

Manakala Bilal pula membawa maksud ‘bulan purnama’ dan ‘kemenangan’. Malahan nama Bilal sendiri merupakan nama seorang sahabat Nabi Muhammad yang juga merupakan muazin pertama dalam sejarah islam.

Sejak dalam fasa mengandung, dan setelah melahirkan anak, ramai yang menantikan untuk melihat dan mendengar sendiri perkongsian selebriti dan usahawan terkenal Neelofa mengenai anak dan kehidupan rumahtangganya itu.

Namun begitu, selebriti dan usahawan tudung tersebut tidak mahu mendedahkan mengenai kehidupan rumahtangganya dan hanya berkongsi mengenai kelahiran anaknya pada Januari yang lalu.

Keputusan selebriti itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Meskipun para peminat beliau menghorm4ti keputusan beliau namun ada segelintirnya yang mempertikaikan tindakan berkenaan memandangkan Muhammad Bilal sudah menginjak usia hampir 5 bulan.

Menerusi perkongsian terbaru mengenai aktiviti usahawan berkenaan, peminat selebriti terkenal itu berkongsi Neelofa sedang mempromosikan produk terbaru beliau bersama suaminya PU Riz. Khabarnya produk terbaru itu adalah inai buat k4um wanita.

Menjengah keruangan Instagram PU Riz pula, beliau telah memuatnaik satu video pendek yang memaparkan beliau dan isterinya Neelofa melakonkan babak berdialog dalam Bahasa Arab.

Perkongsian berkenaan berjaya memuatkan para peminat merasa sangat kagum dengan pasangan usahawan berkenaan yang berkebolehan bertutur dalam bahasa arab dengan lancar.

Mengenali Neelofa yang sentiasa kreatif dan sentiasa mencipta kelainan dalam mempromosikan produk, beliau berjaya menarik minat warganet terhadap produk baru keluarannya dengan mencipta kelainan menghasilkan drama pendek persis drama di negara arab.

Menerusi ruangan komen, para peminat bukan sahaja terpegun malahan memuji pasangan usahawan tersebut kerana sangat kreatif dalam menarik minat orang ramai. Malahan ada yang ‘j4tuh cinta’ dengan kelainan yang di cipta mereka.

Dialog yang di tutur Neelofa di dalam Bahasa arab juga sangat jelas dan menarik. Para peminat juga meminta pasangan tersebut berlakon di dalam drama bersama memandangkan mereka berdua sebelum ini juga adalah pelakon. Berikut dikongsikan komen- komen netizen buat pasangan ini.

Baru- baru ini Neelofa telah di jemput sebagai tetamu undangan ke program Nona. Berkongsi mengenai perancangan beliau, kongsi Neelofa lagi, beliau mahu berhijrah ke negara Arab untuk mengikuti suaminya PU Riz menyambung pelajaran di sana.

Neelofa juga teruja untuk mendedahkan persekitaran di sana kepada anaknya Muhammad Bilal. Di samping itu juga Neelofa juga merancang mahu mendalami dan mempelajari Bahasa Arab.

Niat beliau tidak lain adalah untuk mengajar orang Al- Quran pula selepas ini. Menurut Neelofa, mengajar orang lain mengenai Al- Quran adalah sebagai saham akhirat untuk beliau selepas ini.

Konsep promosi produk tersebut ternyata menarik minat para peminat kerana merasakan Neelofa dan Haris sesuai berpakaian seperti orang Arab.

Patutlah nak berhijrah ke negara Arab, sesuai sangat dengan imej Neelofa dan Pu Riz ni untuk berhijrah ke sana. Semoga urusan pasangan ini juga di permudahkan untuk berpindah ke sana nanti.

Makin fasih pasangan ini untuk bertutur dalam Bahasa Arab juga setelah berpindah ke sana nanti.

Sumber: ig pu riz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!