“MasyaAllah dah besar, bestnya geram je” – Siti Elizad

Satu-satunya putera bongsu buat pasangan Shuib dan Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin telah memberikan 1001 kebahagiaan buat mereka sekeluarga. Putera bongsu mereka iaitu Ayash Affan cukup disayangi adik-beradiknya dan sangat dikenali dalam kalangan netizen. Dari sekecil bayi sehinggalah sekarang, Ayash antara si cilik yang menjadi perhatian netizen di laman sosial media.

Ramai netizen sering mengikuti perkembangan Ayash yang semakin membesar dengan sihat. Wajahnya juga betul-betul sama iras dengan Shuib. Ini boleh dikatakan bapa borek anak rintik ye hehe..

Melihat perkongsian video dan gambar Ayash yang dikongsi Shuib, anak kecil ini sememangnya comel telatahnya di samping keluarga tercinta. Ada sahaja video gelagat Ayash Affan yang mencuit hati ramai netizen.

Malah perkembangan terbaru daripada Shuib sendiri, beliau berkongsi video Ayash yang ketawa riang diusik bapanya sendiri. Ayash juga telah memasuki usia 10 bulan seperti yang ditulis okeh Shuib sendiri.

Cepatnya masa berlalu. Rupanya dah 10 bulan usia si cilik Ayash Affan ini. Malah video Ayash telah mendapat perhatian daripada selebriti Elizad yang juga sentiasa ikuti perkembangan Ayash di Instagram.

Bukan Elizad sahaja, netizen lain pun ikut teruja melihat gelak tawa Ayash yang berusia 10 bulan ini.

Sementara itu, video comel Ayash yang dikongsi Shuib telah menerima 212,000 tontonan dan hampir 200 komen daripada netizen.

Elizad juga turut meninggaalkan komen teruja melihat Ayash sudah besar. Secara umumnya, ramai mengetahui Elizad masih menantikan kehadiran cahaya mata dan berusaha untuk mendapatkan zuriat melalui rawatan IVF.

Sebahagian netizen juga turut sama mendoakan buat Elizad agar dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

Comelnya Ayash sekarang, sebiji muka Shuib. Tak lama lagi dah nak masuk setahun, mesti ramai tak sabar mak tengok Ayash umur setahun nanti.

Sumber: instagram shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!