“Penyet la muka member tu, kot ya pun ibu, haha”- Netizen

Tak dapat dinafikan bahawa anak-anak kecil ni sangat comel orangnya. Mana taknya, gebu dan bersih saja mukanya. Kalau dah nama anak kecil, buat apa-apa pun akan jadi comel kan. Tak kisahlah buat menda pelik ke, memang akan jadi comel semula jadi. Geram tau dengan telatah mereka.

Lebih-lebih lagi kepada pencinta kanak-kanak. Mereka ni, pantang jumpa budak kecil tau, akan rasa nak nyakat lah budak-budak seumur itu. Bukan saja secara kas4r, cuma menyakat secara manja-manja dan gurau senda je.

Biasanya kalau jumpa anak kecil suka sangat tarik pipi mereka yang gebu tu, mak aih, dah la gebu, lembut pula pipi tu. Macam pau dah dibuatnya, contohnya pipi anak Tokti Afwa tu, comel betul kan budak kecik yang pipinya sebegitu.

Tapi, kali ini ada dimuat naik video telatah Syida Melvin yang bergurau dengan puteri kesayangan nya yang bernama Sara Sajeeda. Si comel tu sudah pun berusia 9 bulan tau,comel sangat budaknya, mata tu bulat je. Macam anak patung.

Video di mana si comel tu yang sedang baring sambil senyum-senyum. Mula-mula tu dah macam main cak-cak, tak lepas terus ada tangan yang datang dan picit muka si kecil tu. Alahai comel betul tengok muka nya penyet.

Naakal betul mummy dia ye, saja buat muka Sara Sajeeda jadi penyet macam muka. Tapi, itulah yang dikatakan dengan gurauan anak-beranak, tak kasar pun, manja-manja je gurauan nya. Comel lah muka penyet tu.

Sememangnya telatah tersebut sangat lah lucu. Kesian muka di comel tu tiba-tiba je penyet, dari senyum-senyum, terus penyet kena sakat dengan mummy. Tapi, kalau kita pun suka sakat budak kecil macam tu kan ?

Kalau dah namanya pencinta budak kecil, memang ada sajalah idea nak buat mereka ni tertawa, merengek dan sebagainya. Suka juga gurau kemudian buat mereka merengek, bukan apa, comel sangat reaksi mereka kalau merengek tu.

Tapi, haruslah diingatkan bahawa bergurau tu biarlah sederhana. Jangan sampai saki1tkan mana-mana pihak tau. Dan, janganlah bul1 anak kecil, mentang-mentang mereka ni taka da kudrat yang kuat macam kita kan.

Sumber : Ig Syidamelvin

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!