“Penyanyinya pun energy laen maciam”- Netizen

Nama Hael Husaini sudah lagi tidak asing dalam industry muzik. Satu Malaysia cukup kenal dan maklum akan beliau ni, orang nya hebat dan selalu saja produce lagu-lagu yang pasti akan viral. Cuba korang listkan lagu-lagi favourite korang hasil dari nyanyian dan tulisan Hael Husaini. Mesti banyak kan.

Muka Hael ni, setiap tahun pasti akan muncul di pentas AJL. Mana taknya, tiap tahun pasti ada saja lagu nya yang menarik perhatian juri dan orang ramai. Sebabnya lagu-lagu beliau semuanya padu dan sedap didengar. Vibesnya lain macam. Seronok pula tengok mereka semua berjoget.

Beliau yang memuat naik video nya yang sedang membuat persembahan di sebuah syarikat ternama iaitu Les’Copaque baru-baru ini. Sebut nama syarikat ni, mesti korang cukup tahu dan kenal kan ? Tak lain tak bukan mestilah teringatkan animasi Upin Ipin.

Persembahan yang diberikan oleh Hael Husaini itu sangat memuk4u dan menghiburkan hati para netizen sekalian. Kita yang tengok dalam video pun dapat merasakan betapa gempaknya performance beliau pada malam tersebut.

Inikan pula mereka yang betul-betul ada dan hadir pada performance dan event malam tersebut. Mesti best sangat kan dapat dengar dan menyanyi bersama-sama Hael dan juga orang ramai yang hadir ke event tersebut. Betul tak ? Lepasni kalau ada lagi peluang, kita sama-sama grab.

Ada juga netizen yang mengatakan beliau kelihatan seperti idol Korea contohnya V, Rain dan banyak lagi. Tak kisahlah beliau kelihatan seperti siapa pun, yang pasti beliau mempunyai class nya yang tersendiri dan tak pernah mengecewakan orang ramai.

Tiap kali dengar Hael membuat performance, beliau tidak pernah untuk tidak memberikan sepenuh tenaga. Kalau boleh tiap-tiap hari nak dengar dan join performance beliau. Kalau lah beliau ada buat concert, mesti kita orang terawal yang akan grab peluang ini kan.

Bak kata netizen juga, lepasni bolehla Hael nyanyi lagu baru untuk Upin Ipin. Amboi, bukan main lagi eh demand dari netizen sekalian. Makin bertambah lah peminat nya selepas ini, bukan saja orang dewasa dan remaja, malah kanak-kanak pasti akan meminatinya.

Sepanjang karear beliau dalam dunia seni ni, Hael Husaini tidak pernah mengecewakan para peminatnya. Beliau sentiasa saja memberi memberikan yang terbaik dan yang paling hebat. Marilah support bakat-bakat anak seni yang tidak pernah mengecewakan ini.

Sumber : Ig Hael Husaini

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!