“Seraamnya, tak jd look young dah look t4kut dah”- Netizen

Sekali lagi Dato Seri Vida menjadi bualan hangat netizen apabila penampilannya membawa satu kelainan pada program realiti Big Stage 2022 baru-baru ini. Memandangkan Dato Vida dipilih sebagai presiden netizen, beliau kerap muncul di program realiti tersebut dan menggayakan pelbagai outift pilihannya. Memang betul-betul unik dari segi pemakaian tudung hinggalah ke solekan Vida.

Penampilan terbarunya, beliau serba berwarna biru bermula daripada tudung, solekan hinggalah ke pakaian yang dipakainya. Dari jauh terserlah Vida dengan outfit beliau yang bertemakan warna biru.

Dato Vida memberitahu, solekannya yang lain daripada lain itu hanyalah bertujuan untuk mengetengahkan karakternya dalam salah satu video muzik miliknya memandangkan beliau bakal mengeluarkan lagunya berjudul Ku Ikhlaskan tidak lama lagi.

Dengan mengetengahkan karakternya dalam video muzik itu, sekaligus Vida ingin mempromosikan lagu terbarunya buat penonton Big Stage secara umum.

Namun ramai netizen akui kurang senang dengan penampilan Vida pada program realiti Big Stage baru-baru ini serta solekannya yang agak ‘menakutkan’ itu.

Bagi pendapat netizen, Vida lebih sesuai untuk tampil sederhana dan tidak terlalu berlebihan meskipun beliau ingin mempromosikan lagu terbarunya.

Ramai netizen juga mengecam salah satu foto Vida yang berserba warna biru itu yang telah dikongsi Vida baru-baru ini di laman Instagram.

Sementara itu, anak Vida iaitu Cik B meninggaalkan komen pada posting Vida dengan memuji kecantikan ibunya yang artistik itu.

Posting foto Vida telah mencuri tumpuan sehingga menerima 1,000 komen dan 19,000 tanda suka.

Semoga muzik video Dato Vida akan jadi pilihan ramai ya. Tak sabarnya nak dengar suara Dato Vida nanti. Walau apa pun, solekan Dato memang lain daripada yang lain.

Sumber: Instagram datovida

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!