“Papa melting tak jadi nak m4rah” – Netizen

Sebagai ibu bapa, mendidik anak-anak adalah tanggungjawab penting mereka tatkala anak kecil itu sedang meningkat naik umurnya. Bila anak-anak mula menunjukkan sikap nakalnya, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk mendidik mereka supaya tidak berkelakuan begitu. Bukan mudah ya untuk jadi ibu bapa ini, betapa besarnya pengorbanan mereka untuk mendidik anak-anak.

Namun tak dinafikan, kehadiran anak-anak dalam kehidupan pasangan suami isteri ini memberi banyak kemanisan dalam alam rumah tangga. Mereka lah juga penyeri dalam rumah tangga.

Bagi selebriti Eyra Hazali, kehadiran cahaya mata pertama miliknya yang dikenali sebagai Hayder adalah satu kebahagiaan buat Eyra dan suaminya.

Tengok gelagat Hayder sahaja, sudah mampu membuatkan kita tersenyum melihatnya. Jangan terkejut ya, populariti Hayder dalam kalangan netizen pun semakin meningkat.

Hayder semakin mencuri tumpuan netizen apabila video gelagatnya dikongsi Eyra di Instagram. Dengan wajah kacak Hayder itu, mudah membuatkan kita sendiri ‘jatuuh cinta’ melihat si kecil itu. Kecil-kecil dah handsome hehe..

Baru-baru ini, eyra berkongsi satu video menunjukkan gelagat comel Hayder bersama bapanya. Gelagat Hayder memujuk bapanya selepas kena marah itu membuatkan netizen ‘geram’ melihatnya.

Pandai si cilik ini pujuk papa dia lepas kena marah, terus auto tak jadi marah papanya..

Video Hayder itu telah menerima 344,000 tontonan dan 60,000 tanda suka. Rata-rata netizen juga memenuhi ruangan komen memuji si cilik itu.

Melihat pada Instagram Eyra, video Hayder telah menerima tontonan yang sangat tinggi sehingga ada sebahagian video Hayder telah mencecah 1 juta tontonan.

Comelnya Hayder ini, makin besar makin bijak dia.. Lepas ni confirm Hayder tak nak buat nakal dah lepas kena marah dengan papa dia.. Semoga jadi anak yang baik, Hayder.

Sumber: Instagram eyrahazali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!