“Cabaran mak2 dah start ada anak 2, 3,4. Tu yg pahala lebih” – Nourul Depp

Elfira adalah antara pelakon yang memulakan kerjaya dalam industri seni seawal usia kanak- kanak. Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Beliau juga turut mempunyai 2 orang adik yang turut berkecimpung dalam dunia seni sebagai pelakon iaitu Esliza Loy dan juga Ahmad Ezzrin Loy.

Beliau yang memulakan kerjaya lakonan sejak kecil dan sering membintangi beberapa drama yang terkenal. Elfira pernah bergandingan dengan beberapa pelakon popular Indonesia menerusi drama Dalam Hati Ada Taman bersama pelakon Randy Pangalila. Elfira juga turut berlakon bersama Baim Wong menerusi drama Untuk Terakhir Kali malahan sempat di gosipkan bersama Baim Wong.

Elfira Loy telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

Baru- baru ini Elfira telah melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi perempuan. Berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak Anzalna iaitu 20 Mei yang lalu, setelah 7 hari melahirkan anak kedua Elfira akhirnya berkongsi nama pilihan beliau dan suami kepada umum.

Elfira memaklumkan beliau bersyukur dengan kelahiran anak keduanya itu sepakat menamakan anak perempuannya sebagai Nur Aria Mikayla. Elfira atau nama sebenar beliau Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri turut berkongsi wajah penuh anak keduanya itu buat tatapan para peminat di laman Instagram peribadinya.

Di kesempatan tersebut juga, Elfira turut berkongsi akaun Instagram anak keduanya itu bersama para peminat. Elfira berharap para peminat juga dapat mendoakan yang baik-baik buat anak perempuannya itu.

Sebelum ini, Elfira turut berkongsi mengenai kelahiran anak perempuannya ini telah di sambut sendiri oleh suaminya Muhammad Faris.

Elfira yang terharu dengan tindakan suaminya itu turut berkongsi rasa sebak serta terharu malahan menganggap suaminya itu sebagai hero kerana berani untuk menyambut sendiri kelahiran anak kedua mereka itu.

Kini Elfira dalam proses berpantang anak kedua. Beliau yang aktif di media sosial berkongsi aktiviti bersama para peminat adakalanya berkongsi aktiviti seharian beliau menjalani proses berpantang serta melayani kerenah anak lelakinya Muhamamd Rayyan Khalaf.

Terkini menerusi Instagram, Elfira sempat merakamkan momen di mana anak sulungnya meminta pertolongan beliau untuk mandi. Kongsi Elfira lagi, beliau ketika itu sedang menjaga anak keduanya namun terpaksa menuruti permintaan Rayyan.

Beliau juga berkongsi perasaan bercampur baur apabila perlu melayani kedua-dua anaknya serentak memandangkan ketika itu tiada sesiapa di rumahnya.

Video yang di rakamkan oleh Elfira itu mendapat perhatian daripada netizen yang berkongsi pengalaman serupa apabila berhadapan cabaran melayani kerenah anak- anak. Netizen berkata, Rayyan masih belum membiasakan diri dengan kehadiran adik dan mahukan perhatian ibunya.

Kebiasaannya anak sulung yang sudah terbiasa seorang akan mengambil masa untuk belajar menerima kehadiran adik apatah lagi untuk berkongsi bersama adiknya. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

“Bkn nak shower sgt tu, dia nak mommy dia py attention sbb dia still nk belajar berkongsi kasih..stay strong mommy “ – Netizen

“Kalau awal dan baby number Kasian belum puas.tapi kalau tahun² sama juga sabab biasa dah seorang ja.” – Netizen

“my 2nd baby was born masa 1st daughter 1year 3month sebaya rayyan ..struggle betul masa tu..Allah je yg tahu tapi its the best moment for us too ..missed that “ – Netizen

“Alolololo.. Tu meragam bukan nak take shower sbb dia nak perhatian dari mama dia.. Comel je org tu jeles ye…” – Netizen

“Yaa dugaan bila ada anak no 2..dlm masa yg sama kena jga hati anak sulung..tak nak dia rasa tersisih.. n cmburu dgn adik dia..” – Netizen

Dugaan betul bila ada anak nombor dua ni sebab anak sulung terpaksa belajar berkongsi kasih sayang dengan adik pada masa yang sama terpaksa melayani kerenah dan ragam anak sulung supaya tak merajuk, merasa tersisih dan cemburu dengan adik sendiri. Bertabahlah Elfira ya. Just Enjoy the process.

Sumber: ig elfira loy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!