“Pandai pulak tu hafal skrip eeee smart boy”- Netizen

Budak-budak dengan ragam comel mereka memang tak dapat dipisahkan, sudah pasti akan ada saja segala perkara yang mereka lakukan dan akan mencuit hati kita semua. Tak payah tengok jauh, tengok saja telatah anak-anak kita semua yang comel-comel tu, pasti akan menghiburkan hati kita semua. Betul tak ?

Nama Hayder tidak lagi asing bagi pencinta anak-anak kecil, sudah pasti korang semua sudah cukup mengenali si kecil yang comel ni kan ? Hayder ni, budaknya sangat banyak akal dan menghiburkan hati kita semua.

Kali ini, ada dimuat naik telatah Hayder dengan mama nya Eyra, yang mana mereka ingin keluar pergi berjalan-jalan, tetapi tak sempat Eyra masuk kereta lagi, terus Hayder tanya mama nya itu jika mama nya memakai handsock.

Hayder ni budak yang sangat bijak, banyak kali pesan dekat mama dia supaya memakai handsock kalau nak keluar, yelah kenalah jaga dan tutup aurat dengan sempurna kan ? Bagus betul big boy sorang ni.

Dan, yang paling menarik perhatian para netizen adalah dek kerana Hayder ni sangat pandai hafal skrip tau. Teruja kita tengok bakat lakonan dan juga Hayder sempat hafal skrip tu. Pandai betul lah si budak yang bernama Hayder ni kan.

Kalau korang selalu tengok, Hayder ni selalu saja join mama nya buat video marketing, dan sudah pasti viewers nya mencunak-cunak naik, kadang tu yang lebih menjadi tarikan adalah melihat telatah Hayder ni lah, betul tak ? comel sangat budaknya.

Lepas ni, mesti banyak lagi video marketing yang Hayder dengan mama join kan ? Yelah, Hayder ni pandai sangat nak cu1i hati dah perhatian kita semua, pantang tengok telatah dia, memang auto akan click dan like video tersebut.

Antara komen netizen ialah “anak ni cerminan bu bapa means Eyra dan suami berjaya didik anak dia”, “clevernya Hayder”, “saya x focus pada handsock but si bujg comel ni..alolo cute bebeno”, “pandai sangat dia ni, so cute la Hayder”.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa Hayder ni seorang yang sangat bijak dan comel. Siapa je tak teruja kalau dapat jumpa budak-budak yang comel macam tu kan ? Lepasni tak sabar nak tengok banyak lagi telatah Hayder.

Sumber : Ig Eyra.hazali

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!