“Nak tunggu maghrib sambil jaga wudhu tu, adududu” – Mira Filzah

Bila sebut sahaja nama selebriti popular iaitu Fazura, sudah pasti anda sudah membayangkan kecantikan semulajadi yang ada pada Fazura. Fazura antara selebriti wanita yang menjadi pujaan ramai dan memiliki peminat yang cukup menyayangi dirinya. Senyumannya sahaja sudah mampu memukau ramai orang tau lebih-lebih kagi apabila melihat Fazura kini sudah kelihatan manis bertudung.

Sikap ramah Fazura pun membuatkan ramai peminat mudah dekat dan senang dengannya. Bukan setakat Fazura sahaja, anak perempuannya iaitu Fatima pun menjadi perhatian ramai. Tengoklah posting video yang dikongsinya pasti akan menerima tontonan yang tinggi.

Malah baru-baru ini, Fazura berkongsi satu video lucu yang mencuri perhatian netizen. Video tersebut sudah cukup menggambarkan seseorang wanita yang sering hadapi situasi apabila terpaksa menjaga wuduk dengan sebaik mungkin selepas selesai bersolek.

Bukan Fazura sahaja yang alami situasi tersebut, kita sebagai wanita ni pun pasti akan lalui pengalaman sebegitu kan?

Ibadah solat semestinya perlu dijaga setiap hari. Tidak kira sesibuk mana pun kita, solat adalah perkara wajib yang perlu dilakukan oleh semua umat islaam termasuklah kita yg bergelar wanita ini.

Video Fazura yang dikongsinya itu juga telah menerima pujian daripada netizen. Wajah Fazura maintain kelihatan cantik dalam video tersebut meskipun sudah bergelar seorang ibu dan memiliki cahaya mata perempuan.

Dan video tersebut juga telah menerima 400,000 tontonan sejak dimuatnaik Khamis lalu dengan dirinya yang lengkap berpakaian telekung.

Selain video Fazura menjadi perhatian, komen Mira Filzah pun mencuri perhatian apabila beliau turut berkongsi perasaan apabila mengalami situasi yang sama seperti dalam video tersebut.

Netizen turut berkongsi pengalaman yang mencabar yang telah dilalui oleh mereka. Memang satu perjuangan buat wanita ya bila dapat tahan air wuduk hehe..

Begitulah pengalaman melucukan yang dialami ramai wanita kan.. Bukan senang ya nak tahan kentut supaya wuduk tak terbatal hehe..

Sumber: Instagram missfazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!