“Pandai kak Aafiyah main ngn adik dia” – Netizen

Mempunyai anak itu adalah satu anugerah yang dikurniakan oleh Illahi. Mereka juga adalah amanah dari Allah untuk kita mendidik mereka dengan sebaiknya. Selain dari mendidik mereka tentang akademik dan agama, kita juga perlu juga mengajar mereka adab bersama orang sekeliling. Ini juga termasuklah adab antara adik beradik mereka. Kita perlu mendidik mereka menyayangi adik beradik mereka kerana adik beradik mereka adalah ahli keluarga yang terdekat dengan kita.

Hubungan adik-beradik yang rapat harus diterapkan dari mereka kecil lagi. Ini kerana ianya penting untuk mereka dahuluk4n siapa yang sepatutnya dan siapa yang tidak. Begitu jugalah Dato’ Siti Nurhaliza ingin menerapkan pada anak-anak beliau yang masih kecil.

Siti Afiyah yang baru sahaja berusia 4 tahun tahun ini sudahpun bergelar kakak kepada Muhammad Afwa yang dilahirkan pada tahun lepas.

Ketika Muhammad Afwa dilahirkan, kakaknya itu adalah antara orang yang paling bahagia dengan kehadirannya.

Menjadi adik kepada Afiyah, kehadiran Muhammad Afwa dilihat seperti telah melengkapi separuh hidup Afiyah iaitu mendapat seorang adik lelaki. Mana tidaknya, Afwa lah yang akan menjadi kawan pertamanya di rumah.

Baru-baru ini di dalam laman ig Aafiyah Khalid terdapat satu video baru dikongsikan dimana Aafiyah dan adiknya menaiki buaian bersama.

Di lihat di dalam video tersebut, Aafiyah pandai melayani dan menyakat adiknya. Adiknya itu seakan melayani sahaja kerenah kakaknya sambil diperhatikan oleh ibunya, Dato’ Siti.

Netizen sangat teruja melihat keakraban adik beradik comel ini walaupun mereka masih berada di usia yang sangat kecil. Ada juga yang sempat memuji Aafiyah kerana pandai melayani dan menggembirakan adiknya.

Ketika mereka kecil inilah kita perlu simpan memori-memori indah seperti ini supaya kita boleh kenangkan betapa rapatnya kita sebagai adik beradik. Dengan memori itulah anak-anak kita dapat menjalinkan hubungan harmoni dan mendahuluk4n diri mereka antara satu sama lain lebih dari orang lain.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!