“Macam Puteri sangat tu gaya tidur”- Netizen

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu merupakan pepatah yang cukup tepat untuk menggambarkan tuah yang di terima oleh pasangan suami isteri Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini apabila sekali lagi menerima pelawaan daripada jutawan terkemuka dalam negara iaitu Tan Sri Vincent Tan untuk menaiki jet peribadi jutawan berkenaan untuk ke sebuah pusat peranginan terkenal dalam negara.

Pasangan suami isteri berkenaan dan juga kedua dua orang anak mereka iaitu Yusuf iskandar dan juga Alisa Aisyah turut sama bertuah dapat menaiki jet peribadi jutawan tersebut malahan mereka juga merakamkan kenangan bergambar bersama Tan Sri Vincent di dalam jet peribadi itu.

Beberapa sedutan video dan gambar kenangan pasangan suami isteri tersebut telah dikongsikan oleh mereka berdua di Instagram masing- masing telah menarik perhatian Netizen.

Rata- rata netizen bukan sahaja menzahirkan rasa teruja dan gembira untuk pasangan suami isteri itu malahan ada turut berseloroh dan mengusik di ruangan komen agar boleh turut serta untuk pergi bercuti bersama pasangan tersebut menaiki jet peribadi jutawan terkemuka itu.

Sebelum ini Hairul dan Hanis meraih perhatian para netizen apabila mereka menerima pelawaan menaiki kapal mewah daripada Tan Sri Vincent Tan.

Pada awalnya pengarah filem Ada Hantu itu menjelaskan bahawa mereka sekeluarga sudahpun bergerak pulang daripada pulau Redang setelah beberapa hari meluangkan masa bercuti disana. Bagaimanapun, beliau secara tidak sengaja telah bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan.

Billionnaire itu kemudiannya tidak teragak-agak terus mempelawa mereka sekeluarga untuk menaiki kapal mewahnya. Hairul menyifatkan pelawaan daripada Tan Sri Vincent Tan berkenaan sebagai ‘langkah kanan’ dan merupakan rezeki daripada anak-anaknya.

Kecomelan dan gelagat anak- anak kepada pasangan ini iaitu Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah sekian lama sering di paparkan di media sosial peribadi kedua dua anak mereka.

Sehingga kini para pengikut Instagram buat kedua anak mereka telahpun mencecah beberapa juta pengikut. Anak- anak pasangan ini juga mempunyai para pengikut mereka yang tersendiri.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Hanis, beliau berkongsikan video Alisa sedang tidur bersama bapanya. Bagaimanapun kedudukan tangan Alisa yang kelihatan seolah- olah seperti seorang puteri di dalam kisah dongeng menjadi perhatian Netizen.

Ramai yang geram dengan gelagat comel Alisa itu. Sikap kanak-kanak berkenaan yang adakalanya suka berlagak bak seorang diva kecil juga mencuit hati Netizen.

Setiap kali pasangan ini berkongsi aktiviti bersama anak-anak, pasti akan ada sahaja yang menjadi bualan Netizen. Terutama anak mereka yang kedua iaitu Alisa Aisyah. Wajah Alisa yang sangat comel serta gelagat kanak- Kanak tersebut yang sangat menghiburkan buatkan para Netizen sering tak Kering gusi melihatkan Alisa.

Menjengah keruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa geram dengan kecomelan gelagat Alisa. Ketika tidur pun ada sahaja gelagat kanak-kanak tersebut yang mencuit hati.

Tidak puas rasanya menonton gelagat kanak- Kanak tersebut di media sosial menerusi video pendek dan gambar yang di muatnaik oleh ibu bapa mereka. Comelnya Alisa ni kan. Berikut di kongsikan komen rakan artis dan netizen.

Anak-anak kepada pasangan berkenaan cukup bertuah kerana dapat bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan. Pasangan itu juga merakamkan beberapa gambar dan video Tan Sri Vincent bersama anak-anak mereka dan tidak lupa berkongsi gambar dan video buat tatapan peminat di Instagram kedua- dua kanak- kanak berkenaan.

Gambar-gambar percutian mereka sekeluarga kerap mencuri tumpuan dek kerana netizen terpikat dengan kecomelan wajah dan gelagat anak- anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang ceria dan gembira semasa bermain di antara satu sama lain.

Mudah-mudahan apabila Yusof dan Alisa sudah dewasa nanti, Yusof dan Alisa akan mengingati kenangan manis beliau bertemu dengan salah seorang individu yang paling kaya di Malaysia dan akan mengikuti jejak langkah Tan Sri Vincent Tan pula. Bertuahnya Hairul sekeluarga kerana berpeluang bertemu dan meluangkan masa dengan salah seorang individu yang terkaya dan berjaya di Malaysia seperti Tan Sri Vincent Tan.

Baru sahaja di muatnaik, perkongsian video oleh Hanis situ telah mendapat sebanyak 252335 tanda suka daripada warganet. Ramai yang berkata pasangan berkenaan cukup bertuah diberikan rezeki bertemu dengan Tan Sri Vincent Tan apatah lagi berpeluang menikmati pengalaman menaiki jet peribadi setelah berlayar menaiki kapal mewah sebelum ini. Alhamdulillah rezeki mereka sekeluarga.

Sumber: Instagram hanis zalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!