“Order last minit, m4rah kita pulak”- Sheila Rusly

Siapa sahaja yang tidak mengenali pengarah dan pelakon, Sheila Rusly yang sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan sejak zaman remajanya. Sheila antara selebriti yang berpengalaman selama berpuluh tahun dan sesuai digelar selebriti senior dalam industri hiburan Malaysia. Lihatlah lakonan beliau, betul-betul menusuk jiwa dan kalbu kan.. Malah lakonannya pun cukup berkualiti.

Selain berpengalaman sebagai pelakon dan pengarah, beliau cukup handal memasak di dapur. Meskipun sibuk dengan rutin bekerja, memasak sudah menjadi aktiviti wajib buat beliau.

Sheila rajin berkongsi video memasak dan tidak kedekut sama sekali untuk berkongai resipi masakannya buat keluarga. Melihat Instagram beliau, banyak video masakan dikongsi olehnya.

Memang nampak semua masakan yang dimasak Sheila cukup menyelerakan. Paling penting, Sheila sentiasa masakkan pelbagai jenis masakan buat suaminya, Jingggo untuk makan apa jua yang diinginkan.

Mak-mak selalu berpesan, nak jaga suami jaga perutnya dulu. Sesibuk mana pun, si isteri perlu ada masa bagi suami rasa air tangan masakan. Kan?

Sementara itu, Sheila berkongsi sebuah video yang menunjukkan suaminya teringin nasi beriani kambing. Wah cukup menyelerakan..

Walaupun dapat request last minit daripada suami, memang tiada masalah buat Sheila. Terus beliau beraksi di dapur utk menyediakan bekalan makanan khas buat suami tercinta.

Video Sheila berjaya mencuri perhatian ramai netizen dengan mencapai sekitar 461,000 tontonan dan 32,000 tanda suka. Rata-rata netizen memuji kehandalan Sheila dalam memasak walaupun sibuk dengan cucu sulungnya.

Seperti yang ramai ketahui, Sheila telah menerima cucu baru selepas menantu ya, Elisya Sandha telah bersalin baru-baru ini. Tahniah buat Sheila dan Jinggo dapat cucu sulung.

Nampak berselera betul abang Jinggo bila dapat Nasi Beriani Kambing hehe.. Kena try masak ni, dah lama takakan nasi beriani kambing. Boleh tiru resipi Sheila Rusly.

Sumber: Instagram sheilarusly_jspictures

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!