“Cheeky b0y, MasyaAllah”- Neelofa

Bunga ElHaq Uzair Haqimy merupakan anak perempuan dan cahaya mata sulung kepada pasangan pelakon dan pengarah Elisya Sandha dan Uzair Haqimy. Uzair Haqimy merupakan anak lelaki kepada pelakon dan penerbit Shiela Rusly. Nama Bunga sendiri merupakan nama pilihan yang di cadangkan sendiri oleh Sheila Rusly buat pasangan berkenaan. Rata- rata warganet juga memuji keunikan nama Bunga ElHaq.

Setiap manusia telah di tetapkan rezekinya masing- masing. Rezeki setiap orang datang dalam pelbagai bentuk. Buat pelakon Elisya Sandha, beliau amat bertuah di kurniakan seorang ibu mertua yang sangat mengambil berat dan menyayangi beliau sebagai menantu perempuan sulung.

Perkongsian Elisya mengenai layanan baik ibu mertuanya Sheila Rusly sentiasa mencuri perhatian warganet di media sosial. Sebelum ini, Shiela juga turut menawarkan diri untuk menjaga dan menguruskan Elisya bersama besannya Mama Sandha dalam menjalani proses berpantang.

Elisya juga turut berkongsi beberapa keping gambar makanan berpantang yang di masak oleh Shiela buat beliau. Kehadiran Bunga ElHaq cucu sulung perempuan itu sememangnya di nantikan oleh mereka sekeluarga memandangkan Sheila tidak mempunyai anak perempuan.

Pasangan sama cantik sama padan itu mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos tahun lalu dan selamat melahirkan bayi perempuan pada pertengah bulan Jun tahun ini.

Menerusi perkongsian terbaru Elisya di Instagram, beliau berkongsi satu video yang memaparkan beberapa rakaman video anaknya Bunga. Perkongsian video dan gambar terbaru Bunga itu menarik perhatian warganet.

Wajah terbaru Bunga itu saling tidak tumpah seperti wajah bapanya Uzair Haqimy. Mata Bunga sebijik mata daddy dia. Anak Daddy betul la Bunga ni ya.

Namun begitu ada juga dalam kalangan warganet yang berkata wajah Bunga juga seiras benar dengan wajah neneknya Shiela Rusly.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata Bunga sudah semakin membesar dan sangat comel. Malahan wajah terbaru Bunga juga jelas kelihatan wajahnya yang mirip dengan bapanya Uqair. Warganet juga memuji wajah comel Bunga yang manis dengan senyuman.

Kehadiran puteri sulung dalam keluarga menambah seri dalam kehidupan mereka sekeluarga. Berikut di kongsikan pula komen- komen netizen.

Bertuahnya Bunga El Haq ni ya. Lahir dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Mudah- mudahan Bunga membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa membanggakan kedua ibu bapanya kelak.

Sumber: Instagram elisya sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!