“Ni pi invest pokok durian ke buat cerita ala2 Yasmin Ahmad hehe” – Asyraf Khalid

Masa depan anak-anak sangat penting buat ibu bapa. Setiap ibu bapa pasti menginginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Sejak anak kecil lagi, ibu bapa telah memikirkan yang terbaik untuk masa depan anak-anak dari segi pembelajaran, kewangan dan lain-lain lagi. Memang wajar dan penting buat ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka mempunyai masa depan yang terjamin.

Contohnya, setiap ibu bapa perlu menyediakan insurans anak-anak sejak kecil lagi atau membuat pelaburan buat anak mereka. Daripada cara sebegini, insyaAllah masa depan anak-anak lebih terjamin.

Di zaman teknologi canggih ini, kita mudah untuk terdedah dengan maklumat penting tentang kebaikan melabur dan daripada situlah ramai mengambil inisiatif untuk melabur demi masa depan mereka.

Seperti selebriti Izara Aishah dan suaminya Adib Khalid, mereka telah bersepakat untuk membuat pelaburan untuk anak mereka iaitu Irisa Alaia.

Mereka membuat pelaburan dari segi tanaman pokok durian buat Irisa memandangkan durian antara buah paling popular di Malaysia.

Menerusi video dimuatnaik Izara di Instagram beliau, kelihatan dirinya bersama suami telah melawat kebun durian untuk bertujuan membuat pelaburan.

Walaupun hanya ke kebun sahaja, video Izara mencuri perhatian ramai netizen kerana penampilan beliau yang cukup memukau.

Simple namun cukup bergaya dengan kaca mata hitam unik yang dipakai oleh Izara. Tak dinafikan, aura Izara memang menyerlah dan menarik perhatian.

Selain itu, posting video tersebut telah menerima tontonan yang ramai sehingga mencecah 290,000 tontonan aejak dimuatnaik Isnin. Rata-rata netizen memberikan pelbagai respon menerusi ruangan komen.

Cantik betul Izara. Gaya musl1mah yang moden dan cukup versatil gitu. Suka tengok Izara yang sekarang, nampak ayu dan lemah lembut je..

Sumber: Instagram Izaraaishah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!