“Ni masuk mmg xnk menang ni”, buat hal tiru Ella, persembahan “pecah” Shira & anak buat juri berdekah

Rancangan terbaru bersiaran di saluran TV3 iaitu Famili Duo merupakan program hiburan yang menampilkan gandingan keluarga untuk menunjukkan bakat nyanyian. Rancangan yang mula bersiaran pada 14 februari itu menampilkan seramai 40 pasngan selebriti. Famili Duo bakal bersiaran selama lapan episod. Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad serta dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam bertindak sebagai juri.

Famili Duo merupakan spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV. Setiap episode bakal menampilkan lima pasngan selebriti yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Mereka perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu lagu saduran dan satu nyanyian di pentas.

Bersiaran pada episode kedua malam tadi menyaksikan 5 pasngan yang bertanding iaitu Ashira dan Syed Aziz, Sharifah Shahira dan anak Tallisya, Siti Sairah Tarudin dan anak Umairah, Aishah Retno dan Jun Retno dan yang terakhir penyanyi langit ke 7 iaitu Sharifah Zarina dan anaknya Athalia.

Minggu pertama episode Famili Duo telah dimenangi oleh anak-anak kepada Datuk Jamal Abdillah iaitu Yamani Abdillah dan Zaki Yamani. Manakala pemenang bagi minggu kedua ini di ungguli oleh pasngan Siti Sairah Tarudin dan juga anaknya Umairah dengan membawakan lagu Nabila Razali iaitu Peluang Kedua.

Bagaimanapun pasngan Sharifah Shahira dan anaknya Tallisya mencuri tumpuan netizen yang begitu terhibur dengan gelagat mereka di atas pentas. Menyanyikan lagu Standing In The Eyes Of The World yang merupakan nyanyian asal oleh penyanyi Ella, Sharifah Shahira menggamatkan suasana dengan meniru aksi dan gaya manja Ella membuat persembahan di atas pentas.

Persembahan Sharifah Shahira yang boleh diibaratkan seperti konsertnya sendiri itu cukup menghiburkan dan mengundang derai tawa dari penonton. Beliau seolah-olah bernyanyi sekadar untuk menghiburkan diri sendiri dan tidak mempedulikan tujuan asal sebagai peserta yang perlu bertanding dengan pasngan yang lain.

Bernyanyi bersama anaknya Tallisya, kelihatan Tallisya juga menahan ketawa dek kerana gelagat ibunya itu sehingga beliau tidak fokus untuk meneruskan nyanyian di atas pentas. Memang kelakar habis.

Berkongsi sedutan episode malam tadi menerusi Instagram tv3 malaysia, rata-rata penonton mennggalkan komen bahawa mereka cukup terhibur dengan gelagat Sharifah Shahira membuat persembahan dalam episod malam tadi.

Bagaimanapun persembahan pasaangan ini telah di selamatkan oleh anak Shahrifah Shahira yang memiliki suara yang klasik dan menerima pujian daripada Mark Adam. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para penonton buat mereka.

“Pasngan family yg ditunggu2 malam ni..sy n family terhibur tengok persembahan kak shita n Talisha” – Netizen

“skit prot laaa…adoiii but nice dgn muke selamba je persis ella la sgt” – Netizen

“Hahahaha kalau aku mesti takleh fokus dh nk nyanyi” – Netizen

“hahahaahha paling winnn“ – Netizen

“Mcm mna ikut prtandingan mcm ni ..buat lawak lgi..compom no 10” – Netizen

“Bedekah aq gelak…boleh selamber ja atas pntas tu” – Netizen

“Nasib la dik.. dpt mak ko cenggitu..” – Netizen

“Best gilerrt la..Dr Mula smpi abis sikit gelak jerrr..sporting gilerr..nk kak Shira buat persembahan lg…” – Netizen

“terbaiklh kak rara nyanyi. boleh tahan suara kak rara wlupn mcm nyanyi mcm gila2, apa pun saya terhibur. esok radio suria mesti gamat cita kak rara nyanyi mlm ni.. terbaik kak rara” – Netizen

Buat hal betul Sharifah Shahira. Ketawa sampai tak ingat dunia bila tengok semula persembahan beliau malam tadi. Macam mana la kehidupan beliau dan anak-anak dirumah. Anaknya Tallisya pun dah redha menahan ketawa semasa menyanyi bersama ibu.

Walaupun gelagat ibu sangat menghiburkan namun nyanyian Tallisya tetap menyerlah dan mendapat perhatian. Ramai juga yang puji suara anak perempuan Sharifah Shahira ini. Sedap juga suara Tallisya ya.

Sumber: ig tv3malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!