“Ni macam main longkang je kat Malaysia”- Tokram

Melancong sememangnya aktiviti yang sangat mengujakan. Bila dapat pergi beructi dan melancong ke sesuatu tempat, memang boleh ‘lari’ sekejap daripada kesibukan bekerja. Lebih-lebih lagi apabila tibanya hujung tahun, memang ramai yang sudah siap tempah tiket penerbangan atau mana-mana penginapan untuk bercuti. Korang mesti sama juga kan?

Tak dinafikan, bercuti dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Inilah masanya untuk bersama-sama dengan yang tersayang.

Malah bercuti dengan rakan baik pun boleh. Seperti pelakon veteran Roy Azman, Datuk Jalaludin Hassan dan Datuk Ramli MS bercuti bersama di Japan. Memang trip percutian orang-orang veteran ini hehe..

Tiga selebriti popular ini antara pelakon dan penggiat seni tanah air yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni. Jarang-jarang kita lihat warga emas bercuti bersama kan..

Kali ini, ramai netizen dapat melihat keakraban hubungan baik antara Roy, Tok Ram dan Datul Jalaluddin Hassan. Seperti video milik Roy Azman yang dikongsi semula oleh instagram Hlive, kelihatan tiga sekawan ini sedang bercuti sambil menikm4ti pemandangan negara Jepun.

Malah lebih melucukan apabila gelagat Datuk Jalaluddin Hassan kuat memegang erat kaki rakannya ketika menaiki bot telah mencuit hati netizen.

Gelagat Tok Ram selamba membebel di atas bot pun menghiburkan netizen. Memang riuh tengok tiga sekawan ini.

Video yang dimuatnaik semula oleh Instagram Hlive itu telah ditonton 152,000 tontonan dan 6000 tanda suka oleh warga netizen.

Rata-rata netizen mengusik di ruangan komen selepas melihat gelagat lucu tiga warga emas ini bercuti. Memang kelakar bila tengok gelagat mereka.

Seronoknya dapat pergi trip dengan kawan-kawan kan.. Hil4ng stress kerja kejap. Korang dah pergi bercuti?

Sumber: Instagram hlive

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!