“Ni kalau sh0ot kat barbie grand hyatt tu mesti org fikir patung betul” – Netizen

Kecantikan itu adalah satu anugerah. Setiap orang punyai kecantikan mereka yang tersendiri. Kecantikan rupa fizikal ini sebenarnya mengikut pada keupayaan masing-masing. Ia adalah kesungguhan setiap dari kita bagaimana kita mahu menjaga kecantikan kita sendiri. Menjaga kecantikan sendiri juga memerlukn modal yang banyak kerana peralatan dan servis-servis kecantikan bukanlah perkara yang murah.

Seperti sudah kita kenali pelakon wanita dan model Singapura dan dikenali di Malaysia iaitu Nadiyah Shahab. Beliau yang berusia 31 tahun beliau yang memulakan kariernya sebagai pengacara dan seterusnya berlakon di Malaysia.

Beliau juga sudah bergelar isteri kepada seorang pelakon dan ahli perniagaan iaitu Ben Ali sejak tahun 2018.

Nadiyah Shahab bukan sahaja dikenali dari beberapa drama sahaja. Tetapi juga dari kecantikan beliau. Beliau dilihat juga sangat menjaga imej beliau sebagai seorang wanita dan model.

Beliau yang mempunyai kacukan Jawa dan Arab pernah menafikan pemb3dahan plastik dibuat keatasnya. Ini mengesahkan kecantikan persis ‘barbie’ beliau adalah semulajadi. Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah video dimana beliau menghadiri majlis perkahwinan rakan beliau iaitu Kamal Adli dan Uqasha Senrose.

Perkahwinan Kamal Adli dan Uqasha dilihat sangat indah. Tetamu-tetamu yang hadir memeriahkan majlis itu juga dilihat datang dengan penampilan yang cantik-cantik. Termasuklah Nadiyah Shahab yang juga antara tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Dilihat di dalam video tersebut, Nadiyah Shahab dilihat begitu cantik apabila mengenakan busana bertemakan bunga dan ‘contact lens’ berwarna biru membuatkan beliau dilihat seperti patung barbie.

Netizen juga sangat terpegun melihat kecantikan Nadiyah Shahab pada malam itu. Mana tidaknya, beliau yang punyai kacuk Jawa Arab menambahkan seri pada wajahnya dan dilihat seperti patung hidup.

Kita perlulah ketahui bahawa cantik itu subjektif. Ia tidak termaktub pada rupa dan penampilan sahaja. Kecantikan juga boleh dipandang dari sifat dan hati kita. Kerana sifat dan hati itulah yang menunjukkan adab kita bersama orang sekeliling kita.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!