“Nduk ba disumbat mulut si Anggerek haha”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa setelah mendirikan rumah tangga, ada anak dan sebagainya, sudah tentu hidup kita akan menjadi 360 darjah berubah. Daripada single life terus ada anak, kadang tu sedar tak sedar je kita semakin menua.

Belum lagi cerita tentang keluarga mertua. Sudah pasti anda semua mempunyai kisah yang tersendiri bersama keluarga mertua korang tak ? Dan, sudah semestinya semua menginginkan keluarga belah mertua yang sangat penyanyang.

Ada dimuat naik video telatah Adira dan juga anak nya yang bernama Anggrek. Rasanya semua sudah cukup mengenali mereka berdua ni. Bukan saja mereka berdua, malah mereka dan juga ahli keluarga nya yang lain.

Adira ni ada banyak sangat telatah nya. Setiap hari, sudah pasti beliau akan upload video lucu nya dan kadang tu, anak-anak pun ikut turut serta join buat video dengan beliau. Happy family betul kan. Comel semua nya.

Kali ini, kita semua melihat telatah Adira dan juga anaknya yang membuat parodi seolah-olah suasana di mana ibu mertua Adira datang ke rumah tanpa pengetahuan. Korang selalu tak alami situasi yang sama sebegini ?

Awalnya kita melihat telatah Adira yang sedang berbaring, kemudian, bunyi loceng didengari, terus beliau mengangkat anakanya Anggrek yang ketika itu sedang membuat kerja rumah ke kerusi di mana beliau baring tadi.

Yang paling lucu sekali, sempat pula Adira menyumbat pau yang dimakan nya tadi ke mulut Anggrek tu. Aduhai, tadi dia yang baring, tiba-tiba anaknya pula yang baring. Ni semua t1pu belaka. Ngekek tengok telatah mereka.

Kita ni depan mak mertua terus jadi extra rajin. Yelah, kenalah selalu pikat hati mak mertua kan. Tapi, bak kata netizen, mak mertua lagi sayangkan cucu dari anak-anaknya. Kadang tu, datang ke rumah sebab nak tengok cucu je, betul tak ?

Bercerita tentang keluarga mertua ni memang tak habis-habis, bila nenek dah jumpa cucu, memang tak layan terus dekat anak-anak mereka tu. Lebih sayangkan cucu dah katakan. Time free je dapat jumpa cucu, kalau tak tim cuti sekolah jelah baru mereka pulang ke kampung. Apa pula pendapat anda ?

Sumber : Ig Adira.suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!