“Tak sabar nak tengok bini no 1 dan no 2 g4duh” – Netizen

Buat para peminat bagi drama-drama hasil arahan pengarah tempatan, pasti sudah tahu banyak drama yang dibuat hasil ilham yang diadaptasi dari novel-novel cinta. Jika dahulu orang ramai harus rajin membaca buku demi mengetahui kisah akhir bagi sesebuah novel, namun kini tidak perlu lagi apabila kebanyakan novel terkenal banyak diambil dan dijadikan sebuah drama dalam televisyen.

Sekali lagi pasangan suami isteri ini digandingkan dalam sebuah drama terbaru dan mendapat sambutan hangat dari para peminat yang memang suka dengan lakonan dari kedua selebriti ini. Kamal Adli dan Uqasha Senrose telah dipilih untuk memegang watak hero dan her0in dalam drama terbaru bertajuk Akira Khan.

Kedua watak yang dilakonkan oleh Kamal dan Uqasha sebagai Raden dan Akira ini telah memaparkan keteguhan cinta mereka yang dihalang oleh keluarga disebabkan perbezaan bangsa kerana Akira sendiri merupakan wanita yang berasal dari P4kistan.

Kisah cinta antara Malaysia dan P4kistan ini telah membawa penonton untuk melihat sendiri keindahan dan kecantikan negara P4kistan yang ditayangkan dalam drama ini. Barisan pelakon dan krew diterbangkan secara langsung ke P4kistan bagi melakukan sesi penggambaran di sana.

Malangnya, Raden dalam drama tersebut telah terlibat dalam satu kem4langan sehingga menyebabkan dia hil4ng ingatan terhadap Akira yang merupakan isteri pertamanya itu.

Tak lama selepas itu, Raden telah berkahwin sekali lagi bersama Liyana yang memang sangat menyukai Raden sebelum ini.

Kini, telah sampai episod dimana Raden sudah mula ingat tentang Akira Khan yang merupakan isteri pertamanya itu. Akira juga telah memberanikan untuk berjumpa dan bersemuka sendiri dengan Liyana yang merupakan madunya dalam drama tersebut.

Para peminat drama ini sudah tidak sabar lagi menantikan adegan yang sudah lama ditunggu-tunggu semenjak Raden mula hil4ng ingatan ini.

Rata-rata mereka mula bertanya-bertanya tentang apa yang bakal terjadi setelah pertemuan antara kedua isteri dari Kamal Adli yang berlakon sebagai Raden ini.

Ramai sungguh yang minat dengan lakonan kedua suami isteri ini. Memang nampak professional sangat mereka berdua berlakon walaupun sebenarnya merupakan pasangan apabila berada di luar set. Apa lah yang bakal terjadi dengan nasib Akira Khan agaknya ya.

Sumber: Instagram Kamal Adli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!