“Nazim mst watak samseeng kg pisangkn, mengintai je kt blkg tu” – Netizen

Gambar tular pelakon jelita Emma Maembong yang melakonkan watak Maria dalam drama ala-ala 70 an baru-baru ini menjadi perhatian para netizen. Emma Maembong yang kelihatan ayu dan menawan serta berpenampilan baru dengan warna rambut keperangan itu benar-benar telah menawan hati seluruh warga net. Ramai yang terpesona dengan penampilan Emma dalam drama ini

Drama ala-ala 70-an yang berjudul Mendua ini diarahkan oleh Janna Nick, juga pelakon terkenal Malaysia yang sering viral di media sosial disebabkan oleh kecantikan serta bakatnya dalam bidang lakonan.

Bersama-sama dengan Emma, Mendua turut dibintangi oleh pelakon lelaki Malaysia kelahiran Switzerland iaitu Dini Schatzmann.

Namun yang menjadi perbualan hangat netizen adalah penampilan Nazim dalam drama tersebut.

Rata-rata netizen terhibur dengan gambar Nazim yang sedang berdiri menyandar pada sebatang pohon yang rendang.

Gambar yang dikongsikan menerusi akaun Instagram Emma Maembong ini telah menerima sebanyak 39,000 tontonan dan beratus komen daripada netizen.

Komen netizen jelas menyokong watak Emma dalam drama tersebut dan ada juga yang turut terkejut melihat Janna Nick bukan sebagai pelakon, tetapi sebagai pengarah drama.

Kita doakan agar drama Mendua arahan Janna Nick dan lakonan Emma Maembong ini mendapat sambutan yang hangat daripada para peminat. Tak sabar rasanya nak tonton drama ala-ala 70-an ni

Sumber: Instagram Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*