“Nampaknya mcm muka baba lagi” – Netizen

Pengarah filem no 1 paling laris Astro First, Syahmi Sazli kini bakal menimang cahaya matanya yang kedua, selepas isterinya Anissa Faizul memuat naik posting di Instagram berikutan beliau dan suaminya kini di labor room menunggu saat kelahiran baby bertuah itu nanti. Syahmi kini  mempunyai seorang cahaya mata yang bernama Ainul Mardiah.

Apa yang lebih excited, Syahmi kini bakal mempunyai seorang lagi cahaya mata yang sudah dikenal pasti jantinya, iaitu lelaki. Wah, nanti Asif dan Yoe dapat geng baru, tak sabarnya nak tengok mereka semua.

Hal ini disahkan oleh isterinya, setelah beliau memuatkan naik gambar scan bayi lelaki nya itu pada petang tadi. Ainul Mardiah, anaknya perempuannya itu memegang gambar scan bakal adiknya itu dengan gembiranya seolah-olah tidak sabar menunggu adik barunya itu keluar.

Posting Anissa yang berbunyi “Yang paling paling excited nak jumpa boy selain ibu & baba. Rasanya dia lagi excited kot sbb tiap hari tanya “bila boy nak keluar?” Dan tiap kali bagitau nak keluar checkup boy, mesti tanya “mana boy?”.

Jelas kelihatan Ainul memang tidak sabar ya nak tunggu baby boy keluar. Anissa juga turut memuat naik story di Instagramnya, bahawa beliau bersama anak perempuannya itu sedang melakukan video call. Yelah kakaknya tak boleh teman ibu di labor room, buat video call jelah nak lepas rindu bertanya khabar tentang baby boy.

Juga menurut Anissa, beliau masih belum bersalin disebabkan contraction, semoga yang baik-baik saja buatnya. Tak sabar dah semua nak jumpa baby baru.

Syahmi yang kini sibuk berikutan filem terbarunya yang berjudul 35mm yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, tidak pernah lupa untuk bersama-sama menemani isterinya itu dikala menunggu waktu untuk Anissa bersalin. Gentle betul ya Syahmi ni.

Rata-rata netizen tidak berhenti memberi komen di ruang komen Instagram Anissa, mendoakan supaya Anissa selamat melahirkan anak. Ramai ya sayang Anissa ni, yelah orang baik mestilah ramai sayang.

Walau apa pun, semoga Syahmi Sazli dikurniakan baby boy dengan segera dan semoga segala urusan bersalin ini dipermudahkan. Tak sabar nak tengok baby boy. Semoga zuriat yang bakal lahir itu menjadi anak yang baik kepada dua ibubapa nya nanti.

Sumber : Ig Anissafaizul

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!