“Muka daddy abis ni, Aaisyah cantik ikut ibu” – Netizen

Mempunyai anak sememangnya antara anugerah yang tak ternilai diterima daripadaNya. Tambahan pula jika cahaya mata itu comel dan lawa, pasti sejuk mata yang memandang. Nak pula anak itu bijak dan keletahnya saling tak tumpah seperti ibu dan ayahnya. Orang yang melihat pun tumpang suka jadinya. Gamaknya itu yang dirasakan netizen tatkala melihat buah hati pengarang jantung selebriti, Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin ini.

Terasa begitu cepat masa berlalu, Aaisyah Dhia Rana pun dah berusia lapan tahun. Rasa macam baru semalam ibunya, Che Ta melahirkan si comel ini. Apa yang menarik perhatian netizen ialah perkongsian Che Ta akan perkembangan Aaisyah.

Bukan sahaja netizen, Che Ta sendiri dalam kapsyen hantarannya itu mengakui melihat Aaisyah yang sudah membesar. Rakan artisnya juga ramai yang memuji akan figura cilik itu yang kecil-kecil lagi sudah terserlah aura tarikannya.

“Cantik sangat” – Catriona Ross, “Cantiknya diaaaa” – Yang Samsudin, “Bidadari kiriman tuhan buatmu Che Ta dan suaminya” – Zarina Zainuddin, “Tuuuu the most” – Sharifah Shahirah. Itu antara layangan respons rakan artis di hantarannya.

“Ikut mak cantik molek walau sudah berusia tetap letops”, “Anak raja mana la sok berkenan dgn si Aaisyah”, “Muka daddy abis ni, Aaisyah cantik ikut ibu”, “Macam Lisa blackpink pun ada, come Ecah . Antara coretan netizen.

Apa tidaknya, Aaisyah dalam foto dikongsikan berbaju kebaya songket tradisional merah hati, siap bercucuk sanggul lagi. Tak kurang yang memuji Aaisyah ‘letopans’ macam ibunya yang tak pernah tak lawa.

Terdahulu berkongsi foto dirinya sekeluarga mengenakan baju tradisional itu, menurut Che Ta ia sempena majlis persandingan dan malam berinai dirinya bersama Zain, apatah lagi usia perkahwinan mereka yang sudah cecah sedekad .

Che Ta turut mengucapkan penghargaan buat sahabatnya dikenali 12 tahun lalu, yang menghadiahkan majlis itu yang disifatkannya sangat gemilang. Wah untunglah Che Ta dan suaminya, orang femes ramai yang sponsor.

Mengimbas info lalu, pada 13 Disember 2013, Che Ta dan Zain Saidin telah sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan pasangan ini dinikahkan oleh Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman.

Zain yang lahir pada 23 Februari 1984 merupakan adik bongsu kepada Sasha Elite dan berd4rah campuran Melayu–Inggeris. Anak campuran… Patutlah Aaisyah pun elok kan… Moga mereka sekeluarga berbahagia selalu.

Sumber : IG Che Ta

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakany

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!