“Nampak dia cuba sorok muka kecewa”, dpt hadiah lilin sempena birthday, Yusuf tetap gembira

Yusof Iskandar merupakan anak sulung kepada pasangan pelakon dan model popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Kanak-kanak tersebut pernah memenangi anugerah si cilik meletop dan kini mempunyai sebanyak 2.7 juta pengikut di akaun instagramnya. Yusuf dilahirkan pada 3 Jun 2016 dan bakal menginjak ke usia 5 tahun serta menyambut hari ulang tahun kelahirannya hari ini.

Sebelum ini Hairul sempat membuat calendar untuk Yusof supaya anaknya itu tidak lupa hari ulang tahun kelahirannya. Menurut Hanis lagi anaknya itu turut menghitung hari dan menandakan calendar setiap hari pada setiap pagi sebelum mandi menantikan hari ulang tahun kelahiran beliau.

Mereka berdua juga sering mengusik Yusof untuk memberikan rasa teruja buat kanak-kanak itu menjelang hari lahirnya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Bagaimanapun pada tarikh yang dinantikan iaitu 3 Jun hari lahir putera sulungnya itu tiada sambutan yang dibuat oleh Hairul dan Hanis kerana ingin memberikan kejutan kepada Yusof. Kongsi Hanis lagi sejak daripada pagi Yusuf menunggu kek dan dan belon untuk menyambut hari lahirnya.

Sebelum memberikan kejutan sebenar buat anaknya Hairul telah mengusik anaknya itu dengan memberikan hadiah sebatang lilin.

Pada awalnya Yusuf kelihatan seperti teruja menerima hadiah tersebut daripada bapanya namun setelah balutan hadiah dibuka dan mendapati hanya lilin yang diberikan oleh bapa sebagai hadiah wajah Yusuf kelihatan berubah. Hairul menyalakan lilin tersebut sambil menyanyikan lagu hari jadi buat Yusuf.

Bagaimanapun ketika disoal oleh Hairul adakah Yusuf menyukai hadiah tersebut, Yusuf berkata dia gembira dan sukakannya. Yusuf kemudiannya meminta Hairul menyalakan lilin dan kembali menyanyikan lagu hari jadi buat dirinya.

Reaksi dan respon Yusuf yang seolah menahan rasa sedih serta sedaya upaya menyorokkan rasa kecewa dipuji oleh netizen.

Yusuf tetap kekal sabar dan redha menerima apa sahaja hadiah yang diberikan oleh ibu bapanya kerana hormat dan sayangkan ibu bapanya. Anak yang soleh betul Yusuf ni. Jom tengok apa komen netizen terhadap Yusuf.

Bagus betul didikan Hanis dan Hairul terhadap anak-anak mereka. Yusuf membesar menjadi anak yang hormatkan ibu bapa kerana walaupun kecewa dengan hadiah yang diterima tapi Yusuf tetap gembira.

Pandai betul Yusuf jaga hati mommy dan daddy dia. Nasib baik Mommy Daddy dia pr4nk aje. Tapi goodboy la Yusof terima aje dengan redha hadiah lilin kalau budak lain mungkin dah menangis.

Sumber : Instagram yusuf iskandar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!