“Suka la sikap Diana, sesetengah wife husband blakon dgn artis ppuan lain sgup ttup tv” – Netizen

Sudah lama tidak melihat Farid Kamil berlakon. Jika dahulu gandingan serasi beliau di dalam filem adalah Lisa Surihani sehingga menghasilkan beberapa filem yang mencecah kutipan box office seperti Lagenda Budak Setan, Stiletto dan I’m Not Single.  Walaupun kini usianya telahpun mencecah 40 tahun namun hero pujaan ramai itu masih mampu melakonkan pelbagai watak yang versatile.

Baru-baru ini setelah hampir 10 tahun tidak berlakon bersama Lisa, Farid Kamil telah digandingkan sekali lagi bersama Lisa Surihani di dalam drama arahan suami Lisa sendiri iaitu Yusry KRU iaitu Pelindung Seorang Puteri. Keserasian mereka berdua berjaya menyerlahkan lagi drama tersebut dan mendapat sambutan hangat para penonton.

Farid Kamil menamatkan zaman bujang bersama pelakon Diana Danielle pada 2012 dan pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki Muhammad dan seorang anak perempuan Nur Aurora.

Terkini Farid Kamil kembali menghiasi drama di kaca televisyen apabila bergandingan dengan pelakon Mimi Lana. Drama Masih Ada Rindu yang menampilkan gandingan mereka berdua buat pertama kalinya sebagai teraju utama mula bersiaran  pada 2 Jun setiap Isnin hingga Jumaat pada 7 malam.

https://www.instagram.com/p/CPnUzPXDIMJ/?utm_medium=share_sheet

Sebagai isteri, Diana memuatnaik poster drama tersebut di Instagram beliau untuk mempromosikan drama lakonan suaminya itu.

Diana turut memberikan komen bahawa gandingan pelakon kelihatan sangat serasi kerana kedua-duanya sama “panjang” yang sebenarnya dimaksudkan beliau adalah mempunyai ketinggian yang sesuai.

Melihat komen Diana itu, Netizen memuji sikap Diana yang tidak melatah apatah lagi bersikap cemburu terhadap aksi lakonan suaminya bersama Mimi Lana dalam drama tersebut malahan memahami dan memberikan sokongan terhadap kerjaya suaminya.

Mimi Lana  dan Farid Kamil turut mngalkan komen mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh Diana terhadap lakonan mereka berdua di dalam drama berkenaan.

Berikut turut dikongsikan beberapa komen netizen yang merindui lakonan Farid Kamil serta memuji sikap terbuka Diana sebagai isteri terhadap kerjaya suaminya.

Kelebihan mempunyai pasangan yang turut terlibat dalam bidang lakonan adalah kedua-duanya saling memahami kerjaya masing-masing.

Farid Kamil juga seorang yang professional dan tahu batas beliau sebagai seorang suami. Oleh itu tidak hairanlah mereka berdua saling memberikan sokongan antara satu sama lain.

Sumber : Instagram Diana danielle

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!