“Nak sy terobek pulak tak sblm naik kereta apa kejadiannya” – Abby Abadi

Tatkala melihat anak-anak membesar, terasa cepat sahaja masa berlalu. Pejam celik dah besar anak-anak kesayangan kita. Dari sekecil bayi sehinggalah sudah melalui zaman remaja, itulah kenangan terindah buat ibu bapa yang melihat anak-anak mereka membesar di hadapan mata. Setiap ibu bapa pasti mengalami pengalaman begitu kan?

Begitu jugalah yang dilalui pelakon Norman Hakim yang bergelar seorang bapa apabila melihat anak kesayangannya Marissa Dania telah genap usia 17 tahun pada hari ini.

Marissa adalah cahaya mata perempuan hasil hubungan Norman bersama bekas isterinya, Abby Abadi. Seperti yang ramai tahu, Norman dan Abby memiliki hubungan yang cukup baik demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Hubungan mesra dua keluarga ini menjadikan mereka kelihatan sangat bahagia dan sentiasa meluangkan masa bersama dengan anak-anak.

Apabila genapnya usia 17 tahun buat Marissa Dania, satu video sikongsi Norman di Instagram telah menyentuh hati ramai netizen. Ucapan yang ditulis Norman buat Marissa di ruangan kapsyen ternyata bikin netizen sebak membacanya.

Kebiasaannya kita lihat anak perempuan pasti akan lebih dekat dengan bapanya. Sama juga dengan hubungan Norman dan Marissa yang cukup rapat serta menggelarkan anaknya “my tanggecey”.

Lihat pada video dikongsi Norman, jelas sayangnya Norman buat Marissa. Cukup beruntung buat Marissa kerana memiliki bapa yang sporting dan penyayang.

Bukan setakat Marissa sahaja yang rapat dengan Norman, malah anak norman yang bernama Danish pun turut rapat dan berkongsi hobi yang sama dengan bapanya sendiri.

Sementara itu, video Norman yang dimuatnaik beberapa jam lalu telah menerima 113,000 tontonan dan Marissa juga menerima ucapan ulangtahun kelahiran daripada netizen.

Alhamdulillah cantiknya anak norman dan abby abadi. Nampak lemah lembut je Marissa dengan papa dia. Semoga menjadi anak yang solehah ya..

Sumber: Instagram normanhakim_786

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!