“Nak pergi mana ni jangok2, ke nak pg kahwin” – Isteri Fizo Omar

Orang yang sibuk sudah tentunya amat jarang ‘melekat’ di rumah. Apatah lagi mereka yang bergelar wakil rakyat atau sering dipanggil ‘yang berhormat’ atau YB. Tambahan pula baharu lepas pilihanraya, mesti YB-YB sibuk meeting sana-sini terutama dalam keadaan ‘panas’ lepas PRU sekarang ni… Samalah macam aktor, Fizo Omar kita. Seperti kata Fizo atau mesra membahasakan dirinya Joe, dia sibuk hendak pergi bersidang…

Dengan berpakaian sut siap bertali leher dan kasut berkilat ala YB, nak ‘bersidang’ apa tak pula dinyatakannya. Pastinya dia hanya berkongsi konten mengikut situasi sekarang ini.

Begitupun, apa menarik perhatian netizen dalam video dikongsikannya itu ialah cara komunikasi dirinya dan isterinya, Fazeera Nazri. Dalam kelembutan pun boleh bertanya sama ada Fizo bersiap sebegitu nak pergi kawin ke?

Ia kemudian dijawab bersahaja oleh Fizo yang menafikan ‘gurauan’ isterinya itu, sebaliknya menerangkan sekarang ini sedang masanya sibuk nak bersidang lepas pilihanraya.

Memenuhi hari sebagai usahawan dan pelakon, mesti Fizo dah sememangnya sibuk. Benar kata orang, begitupun memiliki isteri yang lemah lembut dan memahami sangat mendamaikan hati suami.

Nampak tenang saja Fizo kan… Dalam pada itu tak kurang netizen yang menyifatkan jika mempunyai isteri dengan karektor seperti Fazeera pasti ‘sejuk’ rumah tangga. Cakap pun lembut saja.

“Bgus wife abe joe..lembut pcakapannya, sporting plk tu”, “Steady WaiBi Joe.. ”, “Takyah jadi Yb Yb . . . semak pala jaa . . jadi retis lebih bagus”, “Bersidang ke bersidai bg fizoomar”. Itu antara komen netizen.

Bagi peminat dan pengikut Fizo tentu maklum akan latar belakang Fazeera sebelum ini yang merupakan seorang bekas pramugari Qatar Airways. Padanlah berbahasa pun lembut je macam layan penumpang dalam flight tu…

Untuk info, Fizo dan Fazeera disatukan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana pada 21 Oktober tahun lalu di sebuah Resort, di Janda Baik, Pahang dan hanya dihadiri keluarga terdekat.

Fizo pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam, 5. Mereka berpisah pada Julai 2019. Fizo dan Fazeera mempunyai seorang cahaya mata, Wan Khaleeda.

Sumber : IG Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!