“Nak masuk 7 bulan pun gagah nak ikut niaga” – Ayie Floor 88

Menjadi seorang isteri dan ibu bukanlah satu perkara mudah. Mungkin mendapatkan status “isteri” atau “ibu” itu mungkin senang namun tanggungjawab dan sifat yang perlu dipikul oleh seorang isteri dan ibu itu adalah perkara yang lebih jauh dari apa yang jangkakan. Lebih-lebih lagi apabila seorang isteri itu mengandung dan melalui pelbagai alahan dan s4kit sana sini di bahagian tubuhnya.

Seperti kita kenali, pelakon dan penyanyi band Floor 88, Ayie bukan sahaja artis di dalam industri tempatan, tetapi juga beliau seorang usahawan yang mengeluarkan produk makanan.

Beliau yang memulakan karier beliau sebagai vokalis band Floor 88 itu telahpun berusia 25 tahun tahun ini dan sudahpun mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan beliau.

Beliau yang telah berkahwin bersama Nur Natasha Ahmad Nawawi yang berusia 24 tahun itu kini sedang menanti kehadiran cahayamata mereka yang pertama.

Di dalam sosial media Ayie, beliau sering dilihat sebagai seorang suami yang ‘sweet’ dan manja dengan isterinya. Bukan itu sahaja beliau seorang yang sangat mengambil berat tentang perihal kesihatan isterinya lebih-lebih lagi isterinya kini sedang sarat mengandung.

Baru-baru ini beliau ada mengongsikan sebuah foto beliau memeluk isteri kesayangannya itu.

Beliau berkata dikapsyen beliau bahawa isterinya tetap mahu mengikuti beliau berniaga walaupun sudah sarat 7 bulan kandungannya. Bukan itu sahaja, isterinya juga gagah mengikuti beliau untuk mencari baju raya mereka sempena Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi.

Netizen sangat mengambil berat akan keadaan isteri Ayie dan menasihati Ayie untuk meminta isterinya itu berehat sebentar sementara masih mengandung. Ada juga yang teruja mengatakan Ayie dan isteri tidak lama lagi akan menimang anak pertama mereka.

Untuk bakal ibu diluar sana, sangat digalakkan untuk mereka lebihkan berehat lebih-lebih lagi untuk mereka yang kuat alahan mereka. Ini kerana tenaga mereka perlu digunakan ketika perlu sahaja demi tidak menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.

sumber : instagram ayieelham88

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!