“Nak kahwin gah gah akhirnya byr htg dan duduk rmh sewa” – Michael Ang

Kata orang hari disatukan bersama insan tersayang merupakan kenangan seumur hidup yang perlu diabadikan dengan momen manis untuk dikenang. Buat yang berkemampuan, pada hari berbahagia itu jualah biasanya impian pelamin anganku hendak direalisasikan. Kadang yang tak mampu pun ‘naik’ sama, sanggup berhabis ratus ribu… juta-juta. Pengarah, penerbit, penulis skrip dan pelakon, Micahel Ang ada pendapat sendiri.

Gamaknya prihatin melihat trend sambutan majlis perkahwinan masa kini, beliau berkongsi pendapatnya di posting medsos beliau hari ini. Menariknya, dalam tempoh kurang tiga jam, ia mendapat lebih 15k likes.

Barangkali ramai yang bersetuju dengan pendapatnya yang ditujukan kepada mereka yang mempunyai anak perempuan semacam ‘menjual anak’ lebih daripada kahwin.

Mana tidaknya, Michael yang mesra digelar Mike ini mempersoalkan sikap sesetengah ibu bapa yang menetapkan mas kahwin dan belanja majlis perkahwinan yang tinggi buat anak mereka yang hendak mendirikan rumah tangga.

Pasti ramai yang bersetuju dengan Mike, menurutnya majlis kahwin yang dibuat menggunakan belanja besar-besaran adalah membazir. Wang itu sebaiknya digunakan untuk permulaan hidup yang lebih selesa, katanya.

Tidaklah sampai majlis kahwin gah, akhirnya bayar hutang dan duduk rumah sewa. Kata Mike kalau anaknya, kahwin saja di masjid, kalau nak buat gah jangan cari dirinya. Betul juga katanya kan.

Menariknya, tak kurang ramai yang bersetuju dengan pandangan saudara baharu itu. Pada masa sama ada yang mempersoalkan Mike sama ada postingnya itu untuk mempromosikan drama atau hendak menyampaikan sesuatu.

Menariknya dalam nada bersahaja, beliau membalas komen tersebut dengan mengatakan beliau hendak menjadi pakar motivasi, agar kita semua bukak mata sikit pasal kehidupan. Not all yak yak yeh, coretnya.

Untuk info, Michael Ang merupakan bapa kepada dua cahaya mata yang merupakan anak angkatnya. Beliau belum berkahwin, namun kedua-dua anak itu diambil ketika mereka masih kecil.

Dalam sesi temu bual dengan satu media tempatan, Michael berkongsi mengenai anak sulungnya, Rayyan yang kini sudah mencecah usia 19 tahun yang juga adalah anak saudaranya iaitu anak kepada abangnya. Seorang lagi anak angkatnya, Mika kini sudah mencecah usia tiga tahun.

Sumber : Ig Michael Ang

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!