“Naangis sgt td, nampak tak sukan ni yg mggabungkan semua bangsa” – Netizen

Malam tadi menyaksikan Malaysia telah menempa kejayaan dalam sukan badminton apabila berjaya membawa pulang pingat gangsa pertama negara. Pingat gangga berkenaan dimenangi oleh beregu lelaki negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik semasa aksi penentuan tempat ketiga. Pasangan beregu berkenaan telah menundukkan Mohamad Ahsan dan Hendra Setiawan dari Indonesia dalam perlawanan badminton yang berlangsung hampir satu jam di Musashino Forest Sport Plaza.

Kejayaan pasangan beregu tersebut sekali lagi telah meletakkan legasi sukan badminton Malaysia sebagai antara yang menjadi penyumbang pingat utama sejak 2008. Pasangan beregu badminton yang berada di kedudukan nombor sembilan dunia itu telah menepati sasaran negara yang meletakkan mereka antara sukan yang berpotensi meraih pingat dalam sukan olimpik kali ini.

Perlawanan penentu malam tadi telah menjadi salah satu perlawanan yang dinantikan oleh semua rakyat Malaysia yang sangat meminati sukan badminton.

Ketika zaman Dato Lee Chong Wei, rakyat Malaysia dapat dilihat bersatu hati menyokong pemain badminton tersebut kerana semangat kesukanan dan patriotik yang tinggi.

Menerusi Instagram, pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahiera tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan penentu badminton itu dan sempat berkongsi detik-detik kemenangan pasukan beregu negara menerusi sebuah video pendek di Instagram beliau.

Video yang berdurasi selama hamper 1 minit itu memaparkan pasukan beregu negara membuat puukulan terakhir demi meraih mata kemenangan.

Setelah pukuulan berkenaan tidak dapat di sambut oleh pasukan lawan, kelihatan kedua-dua pasangan beregu tersebut terbaring keletihan di gelanggang badminton seakan hampir tidak percaya kemenangan telah menjadi milik mereka.

Dapat dilihat juga di dapat video detik kemenangan akhir itu diraikan dengan penuh meriah dan gembira oleh Shiera dan keluarganya apabila suaminya Ijoy berteriak kegembiraan meraikan kemenangan Malaysia.

Shiera berkata beliau turut merasa sebak dan terharu dengan kemenangan berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada pasangan beregu tersebut yang telah menjulang dan mengharumkan nama Malaysia.

Menjengah keruangan komen netizen berkata mereka juga turut sama menonton perlawanan tersebut dengan penuh debaran namun merasa sangat bersyukur dan gembira apabila kemenangan akhirnya berpihak kepada pasukan badminton beregu negara itu.

Rata-ratanya turut berkongsi perasaan yang sama seperti Shiera yang sebak dan menitiskan air mata di atas kemenangan berkenaan. Berikut dikongsikan komen-komen mereka.

Sehingga kini video yang dikongsikan oleh Shiera itu telah menerima sebanyak 87,000 ribu jumlah tontonan dan menerima 87 komen daripada para pengikut akaun Instagram penyampai radio Suria Fm berkenaan.

Terasa kemeriahan sambutan kemenangan pasangan beregu negara ini dengan menonton video pendek yang dikongsikan oleh Shiera ini. Rindu pula suasana ketika rakyat Malaysia sama-sama berhimpun untuk menonton perlawanan badminton di restoran ketika sebelum pndemik melanda negara.

Sumber : ig shieraijoy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!