“Knp bukan datin yg jadi model, asyik pompuan tu je” – Netizen

Menjadi seorang usahawan ini bukanlah senang. Mereka harus memikirkan cara yang kreatif untuk menarik lebih ramai pelanggan mereka untuk membeli produk jualan mereka. Sekarang pula adalah zaman teknologi dimana masyarakat mula berinteraksi lebih banyak di dalam sosial media. Begitu juga dengan usahawan-usahawan di luar sana yang menggunakan sosial media mereka untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk jualan mereka.

Seperti kita ketahui, Dato’ Aliff Syukri juga antara usahawan yang sentiasa dan rajin mempromosikan produk-produk beliau di dalam laman ig beliau.

Lebih-lebih lagi sekarang masih dalam tempoh kawalan pergerakan, beliau dilihat sentiasa mempromosikan produk-produk beliau bersama kelurga beliau di rumah kediamannya.

Sebagai seorang usahawan pasti mereka mahu menonjolkan yg terbaik tentang produk mereka. Jadi untuk Aliff Syukri menonjolkan produk tudung beliau, pastinya beliau perluukan seorang model untuk bantu peragakan tudung-tudung beliau.

Baru-baru ini, beliau ada berkongsi sebuah video dimana beliau memasak sambil mempromosikan tudung-tudung keluaran beliau.

https://www.instagram.com/tv/CR_icQxJPro/?utm_medium=share_sheet

Di dalam video tersebut, terlihat Dato’ Aliff ditemani anaknya, Yusof memasak bihun singapore di halaman rumahnya. Bukan sahaja itu, terdapat seorang model beliau yang turut menemani beliau dalam mempromosikan tudung-tudung beliau.

Ramai netizen mula musykil dimanakah kehadiran Datin kerana sebelum ini Datin yang sering menemani Dato’ dalam mempromosikan tudung keluaran beliau.

Hal ini terjadi kerana Dato’ dan model tersebut sering dilihat bersama dan ramai yang membuat spekulasi mengenai hubungan Dato’ dan model tersebut.

Namun, jika diperhati betul-betul, perempuan tersebut dikenali oleh Datin Shahida kerana terdapat gambar dimana Datin dan model tersebut memperagakan tudung keluaran Dato’ Aliff di dalam kongsian ig beliau sebelum ini.

Harus disarankan para netizen jangan terlalu gopoh untuk membuat sebarang spekulasi yang berbaur fiitnah tentang mereka. Mungkin juga hubungan antara model tersebut dan Dato’ hanya hubungan profesional sahaja.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!