“Muka s4iko pun lawa lah dia ni haiss”- Netizen

Kepada sesiapa yang menonton setiap babak lakonan pelakon popular Ummi Nazeera, pasti terpaku dengan lakonan beliau yang cukup beremosi dan sangat menyentuh hati. Ummi yang membawa imej bertudung sekali lagi berjaya meraih perhatian ramai penonton menerusi drama Rindu Kasih yang sedang ditayangkan di slot Samarinda TV3. Sememangnya drama berkenaan bakal menjadi hit tidak lama lagi.

Ramai mengetahui, Ummi cukup berbakat dalam bidang lakonan dan membuatkan penonton setia menanti setiap episod drama lakonannya.

Sebelum ini, drama Risik Pada Hati telah menjadi menjadi trending di laman sosial media dan menarik perhatian ramai kauum hawa terutamanya terhadap watak Hayfa yang dibawa oleh Ummi sendiri.

Dan kali ini, drama Rindu Kasih mengisahkan seorang gadis bernama Salina yang merupakan anak banduan telah diuji dengan pelbagai dugaan terutamanya apabila berdepan dengan ibu mertua yang tidak suka dengan kehadirannya.

Mimik muka Ummi menerusi drama tersebut seakan-akan individiu yang mengalami masalah mengal sehinggakan netizen sendiri takut melihatnya. Hebat betul lakonan Ummi kan..

Ummi menerusi laman Instagramnya telah berkongsi sedikit video babak lakonanya bersama pelakon Izzue Islam dan Fazlina Ahmad Daud bagi episod 11 untuk drama Rindu Kasih.

Tatkala menjengah ke ruangan komen pada posting pelakon berbakat ini, rata-ratanya ramai yang memuji kecantikan semulajadi Ummi meskipun mimik wajahnya menerusi video tersebut kelihatan agak ‘ser4m’.

Malah netizen lain juga meluahkan perasaan puas hati dengan episod kali ini selepas Salina lakonan Ummi mula berani berdepan dengan ibu mertuanya yang jahat itu.

Posting Ummi telah menerima 154,000 tontonan dan pelbagai respon netizen selepas melihat sebahagian babak drama tersebut.

Memang terbaik betul Ummi bila berlakon, inilah salah seorang anak seni yang kita perlu banggakan. Syabas Ummi.

Sumber: Instagram Ummi Nazeera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!