“Comel je bawa anak2 pegi kedai” – Netizen

Siapa tak sayangkan anak kan, kalau boleh biarlah mereka sentiasa ada di depan mata, apatah lagi kesempatan yang ada terutama di saat mereka sedang membesar dapat digunakan sepenuhnya untuk bersama. Tiada yang dapat menggembirakan hati seorang ibu selain dapat memperuntukkan masa dan memberikan keceriaan buat si anak. Pasti itu yang dirasakan selebriti, Adira Suhaimi ini.

Lihat saj4lah bagaimana cerianya tiga daripada empat buah hati Adira ini bila dapat menaiki motosikal roda tiga ala buggy yang super comel ditunggang sendiri oleh ibu mereka itu.

Bukan jalan-jalan ‘kosong’, sebaliknya Adira membawa tiga anak kecilnya itu menaiki kend3raan tersebut ke kedai runcit untuk membeli jajan dan keperluan barangan rumah.

Dah tentu mana-mana kanak-kanak pun pastinya suka bila naik ‘benda alah’ macam tu. Bukan setakat budak, mak budak pun tak kurang juga. Adira sempat makan aiskrim tika menunggang, siap bagi mini love.

Sudah tentu ia men1nggalkan momen manis budak anak beranak ini. Dalam masa sama tak kurang netizen yang kagum dengan kecekapan Adira menguruskan anak-anak dan rumah tangganya.

“Suka giiler life dia…sempoi simple”, “Santaiiii habis kakkk”, “Mcm best pulak naik motor tu..”, “Takpelah mak mak ni kena multitaskk aje”, “ibu yg cekap…. syukur alhamdulillah..semoga sihat selalu”.

Nampaknya isteri Dato’ Red ini pun makin sempoi dan cool saja lepas bersalin anak keempatnya hujung September lalu. Ramai peminat kagum dengan gaya Adira yang bersahaja, simple namun tetap kelihatan manis.

Yang pasti pandai juga beliau jaga badan, nampak langsing dan kembali ke bentuk asal. Kata orang sibuk uruskan keluarga, ke sana ke sini pun boleh kvrus juga dibuatnya. Tak payah susah-susah ambil ub4t ya…

Dah makin aktif. Terdahulu berkongsi dengan media, kata Adira beliau bersyukur dengan kehadiran si kecil dua anak lelaki dan dua perempuan serta mahu fokus dengan empat cahaya matanya itu.

Menyifatkan kehidupannya dengan empat anak sudah lengkap, beliau sebelumnya terpaksa mengambil kepvtusan melakukan proses Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ikat peranakan kerana sudah 4 kali bersalin secara pemb3dahan.

Sumber : IG Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!