“Menggeletisnya penari tu rasa nak sembur Ridsect” – Netizen

Seluruh umat Islam sedang berpuasa dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mengajar erti kesabaran dan seluruh umat tidak sabar untuk mencapai kemenangan dan menyambut bulan Syawal yang warna-warni dan meriah nanti. Suasana gilang gemilang penuh keriangan itu akan dinikm4ti oleh seluruh umah Islam di seluruh dunia.

Siapa lagi tidak mengenali usahawan terkenal iaitu Dato’ Aliff Syukri yang seringkali namanya disebut oleh netizen akan gelagatnya di sosial media.

Beliau adalah usahawan kosmetik dan sangat giat mempromosi bukan sahaja produk-produk kosmetik beliau tetapi juga produk-produk busana dan hijab yang juga diusahakan bersama isterinya, Datin Shahida.

Beliau seringkali juga terlekat pada kontroversi dunia hiburan namun beliau menganggap ianya satu peluang dalam menaikkan lagi imej syarikat pada warga Malaysia.

Semua sudah kenali Dato’ Aliff sangat dikenali sebagai seorang yang kelakar dan ceria. Semua sudah tahu bahawa beliau bukan sahaja seorang usahawan tetapi juga menghasilkan beberapa lagu untuk menghiburkan peminat

https://www.instagram.com/p/CcSsmYFAHde/

Baru-baru ini beliau ada mengongsikan sebuah video belakang tabir sebuah lagu raya yang mungkin akan dikeluarkan ketika Syawal nanti.

Didalam video beliau tersebut, dilihat beliau sedang melakonkan sebuah babak dalam videoklip lagu raya yang beliau sedang usahakan untuk Syawal tahun ini. Dan dilihat juga seorang penari di belakang Dato’ Aliff begitu asyik menghayati lagu raya Dato’ Aliff dengan tariannya.

Netizen sangat terhibur melihat gelagat Dato’ Aliff dan penari-penari dalam video tersebut. ada juga yang merasa geli melihat penari Dato’ Aliff “menggeletis” menari di belakang Dato’ Aliff. Ada juga yang tidak sabar dengan lagu baru raya Dato’ Aliff untuk tahun ini.

Kita sudah kenali Dato’ Aliff cuma berbuat begitu hanya untuk menghiburkan peminat-peminatnya di sosial media. Untuk pengetahuan umum, lagu tersebut berjudul Kelepak Kelepuk Raya’.

Sumber : instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!