“Bagus Azil dia ingat tugas harian tu”-Netizen

Tugas sebagai seorang anak adalah untuk membalas jasa ibu bapa mereka yang telah membesarkan mereka. Membuat mereka bahagia dengan selalu menolong mereka dan sebagainya. Pelbagai cara yang boleh kita lakukan sebagain cara untuk membalas jasa mereka, ada beri wang, hadiah dan sebagainya.

Seperti yang kita ketahui, Zarina Zainuddin juga telah dikurniakan beberapa orang anak. Yang sering ada 24 jam bersamanya ialah Azil. Beliau sangat sayangkan anak-anak nya itu. Yelah siapa je tak sayang anak kan.

Walaupun Azil tidak seperti remaja biasa, tetapi dia masih mengetahui tanggungjawab nya sebagai seorang anak yang harus patuh dan membalas jasa kepada ibu nya itu. Bagus kan Azil, sejuk perut ibu yang melahirkannya.

Ada dimuat naik video Zarina yang baru saja pulang selepas selesai urusannya pada waktu Maghrib, dan merasa amat penat. Yelah, tak dapat dinafikan bahawa penat juga nak uruskan hal seharian. Asyik ada je kerja yang tak siap-siap.

Sejurus pulang, terus Zarina melihat anak kesayangan nya itu menutup tingkap dan langsir, dan menukar channel berita Tamil,, hahah kelakar betul lah Azil ni. Dah nak Maghrib, tahu je Azil yang kita kena tutup tingkap sebab dah malam kan.

Sebab itulah, bak kata netizen, Azil tidak pernah terlupa akan tugas dan rutin harian menolong ibunya itu. Tak payah suruh terus dibuatnya. Baik sangat Azil tahu ibu penat, cepat-cepat nak ambik balik mood ibunya tu.

Rata-rata netizen memuji tingkah laku Azil tu. Pandai sangat orangnya. Kalau kita dapat anak yang selalu tolong buat kerja rumah pun kita rasa happy kan. Biarpun nampak sederhana dan biasa saja, tapi bagi Zarina iainya sangat bermakna.

Pun begitu, selalu saja melihat telatah anak-beranak ni, Zarina pun selalu je menyakat anak kesayangan nya tu, ada tu sampai merajuk dengan ibunya. Tapi, tak lama lepastu, ibunya kana pujuk balik, comel je tengok diorang ni.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa sebagai seorang anak, kita perlu membalas segala jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Tanpa mereka, siapalah kita kan. Berbuat baik selalu dengan mereka.

Sumber : Zarinazainuddin_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!